Sunday 31 March 2013

Sebab Parlimen tak Bubar Lagi

Mat Said gagal Tapisan SPRM?



SPRM mencadangkan antara senarai nama yang tidak layak dicalonkan dalam PRU 13 kerana tidak lulus dalam saringan dan tapisan SPRM yang bermasalah dengan undang-undang antaranya adalah seorang Menteri Besar, Seorang Ketua Menteri dan dua pemimpin utama parti yang bertaraf Menteri.

Kenapa gambar Najib sedih di Majlis perkahwinan Taib-Ragad???




Teringat filem P.Ramlee “Keluarga 69” apabila P.Ramlee sebagai anak A.R Tompel meminta bertukar isteri. Ayahnya yang tua berbini muda manakala P.Ramlee berkahwin dengan perempuan janda berusia. Tak boleh… mana boleh!!!..

Pendedahan Perangai Buruk Shafie Apdal Pada Tahun 1994 Dibongkar!!


Inikah hukum karma yang diterimanya atau memang sengaja dilakukannya??
Itulah yang terjadi ke atas Naib Presiden Umno, Mohd Shafie Apdal yang disifatkan sebagai liat membayar hutang sehingga memalukan Umno kerana gagal mematuhi Konsep 'Janji Ditepati' yang dipelopori presidennya sendiri!

Saturday 30 March 2013

Pendedahan Salah Satu kerja jahat Anwar Ibrahim.

Jika diadakan pertandingan kulit harimau terbesar pastinya kulit harimau yang terdampar di hutan Sarawak mendapat tempat pertama. Kerajaan negeri Sarawak wajar mendapat pengiktirafan kerana kejayaan mecipta ukiran kulit harimau terbesar di dunia merentasi berpuluh-puluh bukit di hutan negeri itu.

Nurul Izzah nk buat semakan ke atas SPR




PETALING JAYA, 27 Mac — Nurul Izzah Anwar memfailkan semakan kehakiman ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menggesa agensi tersebut membersihkan senarai daftar pemilih di kawasan parlimen Lembah Pantai.

Peguam mewakili MP Lembah Pantai tersebut, Edmund Bon hari ini berkata terdapat sekurang-kuranya 4,637 pengundi dengan alamat tidak lengkap, 133 pengundi bukan tidak menetap di Lembah Pantai, tiga pengundi meninggal dunia, jumlah keseluruhan 4,773 nama diragui, atau 7 peratus daripada 71,000 pengundi berdaftar dalam senarai daftar pemilih yang diwartakan dalam suku ketiga 2012.



Taib Mahmud Bersilat.




Jawapan lemah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berhubung pendedahan rasuah pembalakan dalam satu video seolah-olah mengesahkan kesalahannya.
Terdahulu, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berpangkalan di London, NGO Global Witness (GW) mengeluarkan sebuah video yang merakam perbualan di antara penyiasat persendiran GW dengan dua pupu Taib.
Video itu mendedahkan bagaimana Taib dan anggota keluarganya menimbun kekayaan secara haram dengan memunggah kekayaan hasil dari aktiviti pembalakan secara berleluasa.  Video tersebut dimuat naik dalam YouTube dan disiarkan rangkaian TV Aljazeera pada 18 Mac lalu.

SAMM, gabungan blogger revolusi 13 mula gerakan haramkan Umno


Pada 24 Mac 2013 di Kuala Lumpur, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama Gabungan Blogger Revolusi 13 telah mengadakan taklimat bersama hampir 100 orang pemain cyber (blogger/facebookers) pro perubahan.
Pertemuan ini ialah siri awal ke arah memulakan gerakan yang dikenali sebagai ‘Haramkan Umno’.
samm

Anwar tak layak tadbir negara- Taib Mahmud


KUCHING: Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering kali membawa pihak luar untuk campur tangan dalam perjalanan politik negara jelas membuktikan beliau tidak layak mentadbir negara, kata Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Beliau berkata apa yang dilakukan ketua pembangkang itu sudah melampau dan tidak menggambarkan ciri sebenar rakyat Malaysia yang cintakan negara.

DUN N Sembilan terbubar, Najib PM paling takut bubar Parlimen


Najib gerun jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tempatnya di Putrajaya.
KUALA LUMPUR 28 MAC: Datuk Seri Najib Razak mencipta rekod pertama dalam sejarah negara sebagai Perdana Menteri yang membiarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) terbubar dengan sendirinya – Negeri Sembilan pada hari ini.
Dengan pembubaran itu, tinggal 11 negeri lagi, kecuali Sarawak dan Parlimen, yang masih belum dibubarkan.

Friday 29 March 2013

KEADILAN dedah bukti baru kaitan tarikh lahir Papagomo dalam rekod Imigresen


PAPA GOMO

KEADILAN sebelum ini mendedahkan bagaimana seorang individu bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris mempunyai dua pendaftaran di dalam daftar mengundi – satu menggunakan kad pengenalan biasa dan satu lagi menggunakan kad pengenalan polis.
Pendaftaran mengikut kad pengenalan polis individu tersebut (yang juga dikenali sebagai Papagomo) telah dipadamkan dari daftar pengundi serta-merta apabila KEADILAN menimbulkan perkara ini.
Namun, tindakan pantas SPR itu tidak meredakan syak wasangka mengenai kepincangan daftar pengundi yang dikelolakan oleh SPR.
Ramai yang bertanya kenapa tarikh lahir Papagomo adalah berbeza-beza mengikut pendaftaran kad pengenalan biasa dan polis, seperti yang ditunjukkan mengikut paparan skrin di bawah:
Semakan KEADILAN dengan rekod imigresen Papagomo mengesahkan bahawa tarikh lahir Wan Muhammad Azri di bawah kad pengenalan polis dan kad pengenalan biasa adalah sama, iaitu 21 Januari 1983.
KEADILAN telah berjaya mendapatkan paparan skrin rekod imigresen Papagomo yang menggunakan passport antarabangsa bernombor A20485305, seperti berikut:
Ini menimbulkan tanda tanya yang amat serius – apakah kesilapan nama dan tarikh lahir di bawah kad pengenalan polis yang sedikit berbeza adalah disengajakan untuk menyukarkan ia dikesan?
Sebuah badan seperti SPR tidak mempunyai alasan tidak dapat menangani maklumat yang ringkas seperti tarikh lahir, apabila jabatan-jabatan kerajaan lain dengan mudah sahaja merekodkan tarikh lahir yang tepat.
Penafian mudah Pengerusi SPR kini tidak boleh diterima bulat-bulat begitu sahaja. Beliau perlu menjelaskan apakah kegagalan menangani perkara yang mudah ini adalah sebahagian dari perancangan terancang untuk mengelirukan rakyat dalam usaha mengekalkan pengundi hantu di dalam daftar undi?
Rafizi Ramli
Pengarah Strategi KEADILAN

KEADILAN dedah bukti Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah Papagomo




Berikut disertakan butiran lanjut mengenai sumber dan laman yang menyabitkan Papagomo dengan Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Papagomo fitnah saya – Amin Iskandar




KUALA LUMPUR: Seorang kolumnis media, Amin Iskandar membuat laporan terhadap blogger Umno, PapaGomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri bin Wan Deris di Balai Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur hari ini.

Lim Guan Eng menghina kalimah Allah dan agama islam





Arahan Sulit Untuk Membunuh Diri???

13 Tindakan Terkejut dari DSAI menjelang PRU 13


Thursday 28 March 2013

RAFIZI RAMLI KANTOI PALING BESAR SEKALI!!!


Patutlah Rafizi Ramli memekak sangat dengan PENGUNDI HANTU, KAD PENGENALAN BERGANDA dan sebagainya. Rupa-rupanya dia sendiri memiliki LIMA KEPING KAD PENGENALAN YANG BERBEZA, dan menjadi PENGUNDI DI LIMA LOKASI YANG JUGA BERBEZA.

Taktik biasa yang dilakukan oleh para pemimpin PKR, ialah dengan menuduh orang lain sebagai PENJAHAT untuk melindungi PERBUATAN JAHAT yang mereka sendiri lakukan.

Ramalan Keputusan Pilihanraya Ke 13 : 9 Negeri Bakal Tumbang! Benarkah?

ramalan pilihanraya

Ramalan keputusan pilihanraya ke 13 : Biasalah, pihak Barisan Nasional akan mengatakan mereka bakal menang lagi beberapa buah negeri selain daripada negeri yang diperintah sekarang sekaligus mengukuhkan kuasa politik Barisan Nasional di Malaysia untuk 5 tahun akan datang di peringkat persekutuan.
Begitu juga Pakatan Rakyat yang diwakili kalangan oleh pemimpin PAS baru-baru ini tampil dengan ramalan keputusan Pilihanraya Ke 13 yang berdasarkan pemerhatian mereka. Apa kata mereka pula?

Pembongkaran Video Skandal Taib Mahmud + Kerabat Berpunca Anwar Ibrahim?

taib mahmud

Nampaknya video pembongkaran Taib Mahmud dan kerabatnya (DI SINI) yang telah didedahkan kepada Global Witness baru baru ini mendapat perhatian pelbagai pihak sehingga kes korupsi melibatkan Taib Mahmud oleh SPRM yang telah senyap sekian lama, tiba-tiba SPRM dengan sepantas kilatnya membuka siasatan sekali lagi untuk pemimpin aka Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud. Yang menariknya….

Pembentangan Manifesto Pakatan Rakyat di RTM Selama 10 Minit Secara Rakaman. Media Malaysia Sudah Bebas?

manifesto pakatan rakyat

Jikalau pemilihan Presiden Amerika sebelum ini, cukup meriah. Masing-masing, baik daripada kalangan penyokong parti Republikan & juga Parti Demokrat berpuas hati apabila diberikan ruang dan tempat yang hampir 99% samarata termasuklah siaran langsung di televisyen yang dapat ditonton beratus juta rakyat Amerika.
Termasuklah berlangsungnya pertembungan debat antara Barack Obama dengan Matt Romney. Kalah menang adat permainan dalam politik asalkan bertanding dan berlawan di atas padang yang sama rata di mana demokrasi yang dilaungkan terbukti berjalan dengan lancar. Bagaimana dengan Malaysia?

Video Seks Nurul Izzah, Khalid Ibrahim, Azmin Ali & Tuan Guru Nik Aziz Dibongkarkan Menjelang PRU ke 13?

video seks nurul izzah

Video seks Nurul Izzah : Lain yang diharapkan, lain pula yang bakal terjadi. Rakyat menantikan bila nak bubar parlimen, video seks pula yang bakal keluar. Macam pantun 2 kerat pula.
Tak cukup dengan pendedahan gambar mirip Anwar Ibrahim dengan lelaki gay (DI SINI). Kalau sebelumnya ini dakwaan terhadapnya bapanya, kini timbulnya pula gosip politik yang mengatakan akan keluar versi terbaru miliknya yang merupakan anak kepada Anwar Ibrahim video seks iaitu video seks Nurul Izzah. Tidak cukup dengan itu….

SPR buang rekod Papagomo, bukti pengundi hantu


KEADILAN hari ini mengesan rekod Papagomo dibuang dari daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), susulan pendedahan bahawa blogger Umno itu merupakan pengundi hantu.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, semakan pihaknya mendapati rekod Wan Muhammad Azri Wan Deris, kad pengenalan (polis) RF142863 telah dibuang dan tiada dalam daftar SPR.

Wednesday 27 March 2013

Video seks paling kantoi terbitan???




Video Lucah Nurul Izzah


Selepas Anwar, video seks Nurul Izzah akan dikeluarkan tidak lama lagi, dakwa PKR

 

PETALING JAYA, 26 Mac — Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim, pejuang siber Umno sekarang bercadang menyerang anak perempuannya Nurul Izzah Anwar dengan video seks untuk merosakkan imej bersihnya, dakwa Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini.

GEMPAR!! Puteri UMNO dilayan umpama lembu oleh pemimpin UMNO.. Saksikan!!


Bangga dan Megah, mungkin itulah perasaan yang terdetik di dalam jiwa Puteri-puteri UMNO yang di bawa menaiki sebuah lori dalam satu program UMNO/BN..

Keluarga : Kami tidak tahu Mat Bom 'bantu' Pengganas Sulu



Hiasan semata mata

LAHAD DATU – Anggota keluarga individu tempatan yang dipercayai tali barut pengganas Selatan Filipina dan dikenali sebagai ‘Mat Bom’, mendakwa mereka langsung tidak tahu dan tidak terlibat dengan kegiatan lelaki itu kerana tinggal berasingan dan sudah lama tidak berjumpa.

Seorang daripada lapan anak Mat Bom mendakwa dia dan anggota keluarga yang lain tinggal di Kampung Tanjung Labian manakala bapanya pula di Kampung Tanduo.

Filipina mungkin kemuka tuntutan ke atas Sabah



MANILA 25 Mac - Kerajaan Filipina mungkin mengemukakan tuntutannya ke atas Sabah selepas Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima hari ini membayangkan akan berbuat demikian.

Akhbar Filipina melaporkan, perkara itu mungkin berlaku selepas De Lima mengesahkan bahawa Jabatan Kehakiman telah mengemukakan satu cadangan daripada sudut undang-undang kepada Presiden Benigno Aquino III berhubung tuntutan tersebut.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan kandungan dokumen berkenaan.

Negeri-Negeri PR Akan Bubar DUN 22 April


PETALING JAYA 26 Mac: Negeri-negeri Pakatan Rakyat akan menamatkan segala teka-teki berhubung tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihanrayua Umum di adakan dengan menetapkan tarikh 22 April ini bagi membubarkan Dun.

Tindakan ini akan dilakukan sekiranya perdana menteri tidak memgumumkan pembubaran parlimen sebelum tarikh tersebut.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Selangor telah memutuskan untuk membubarkan Dun pada tarikh tersebut.

Semakan daftar pemilih buktikan Papagomo pengundi hantu



hantu

PETALING JAYA 22 MAC: Pemilik blog Papagomo yang kerap memapar kandungan berunsur fitnah dan lucah sebelum disaman Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, didedah hari ini merupakan pengundi hantu berdasarkan bukti senarai daftar pemilih yang disemak KEADILAN.

Tuesday 26 March 2013

PapaGomo Oh Papagomo.. Lu Kena Lagi..



Sentuh sedikit pasal Perbicaraan Husam vs PapaGomo rm10juta.. Lawyer defendan menegaskan anak guamnya Wan Muhammad Azri Wan Deris bukan PapaGomo di mahkamah semalam. Kesian bila tengok berhempas pulas lawyer Wan Azri berhujah minta tangguh! Oleh kerana terlalu banyak bahan bukti baru yg dikeluarkan Team Erapasca, maka kes akan difailkan semula dan diupdate nama beberapa saksi yg baru dan bahan bukti baru. Part yang best bila Hakim menegur lawyer Wan Azri supaya memastikan anak guam (Wan Azri) hadir semasa perbicaraan!

Dedah wajah, Utusan Malaysia kenakan Papa Gomo


Semakin lambat bubar, BN semakin tidak popular

1. Seketika dulu YAB Perdana Menteri dan BN mungkin beranggapan bahawa langkah melengah - lengahkan pembubaran kabinet adalah meletihkan pembangkang dan menguntungkan mereka. Saya juga berpandangan demikian pada awalnya. Setelah lebih 11 kali meramal tarikh bubar kabinet sejak tahun lepas, semuanya tidak menjadi.  Terasa bodoh pula diri, menunggu saban fajar bilakah detik kabinet atau parlimen dibubarkan. Pastinya pihak BN girang mempersenda PR yang termangu - mangu menanti tarikh bubar seperti pengantin menunggu detik imam tiba untuk aqad nikah.

2. Lebih menarik, PM sanggup melanjutkan tarikh pembubaran tanpa sebarang pengumuman atau penetapan tarikh melepasi period 5 tahun tempoh antara 2 pilihanraya iaitu 8 Mac 2008 hingga 23 Mac 2013 [sehingga kenyataan ini ditulis].

3. Negara kini dilanda demam bubar. Ia bukan lagi satu persendaan tetapi rakyat mendesak dan menuntut supaya PM berani membubarkan kabinet secepat mungkin untuk rakyat memperbaharui mandat kepimpinan dan pemerintahan negara. Jika anda rajin belayar di laut cyber, 1001 jenaka, tuntutan, xpresi, rayuan dan permohonan supaya kabinet dibubarkan dan PRU 13 dipanggil segera.

4. Selesema bubar ini bukan hanya membuatkan penyokong Pakatan Rakyat berair hidung tetapi penyokong Barisan Nasional juga mula bersin tidak menentu. Mereka pun naik hairan kenapa PM masih "keras kepala" tidak mahu membubarkan kabinet dan lebih penting tidak mahu mengisytiharkan tarikh pembubaran itu lebih awal.

5. Menurut pengamatan saya, semakin lama keadaan ini berlangsung, rakyat makin bosan dan muak dengan sikap PM. Tanda tanya terus bersarang dalam kepala mereka, kenapa PM masih tidak mahu membubarkan kabinet ? Apakah PM hilang keberanian ? atau PM tidak bersedia menghadapi kemungkinan ? Apakah UMNO masih lemah ? masih kronik kah pertelagahan dalaman BN ? Makin lama, makin banyak tanda tanya itu timbul dibenak rakyat.

6. Fenomena ini sebenarnya menguntungkan Pakatan Rakyat. Dimana rakyat seperti mula menghidu kelemahan besar yang sedang dilindungi oleh Barisan Nasional menyebabkan PM sehingga kini dilihat tidak bersedia mengisytiharkan tarikh pilihanraya meskipun terdapat beberapa buah negeri terpaksa bubar secara automatik kerana tamat tempoh.

7. Mahu saja saya mencadangkan agar PM juga tidak perlulah isytihar tarikh bubar sebaliknya biarlah ia bubar sendiri secara automatik menjelang 28 April nanti. Sementara itu PM boleh cipta sejarah. Malah ia sangat baik untuk Pakatan Rakyat terus menghimpit Barisan Nasional ketepian gelanggang dan rakyat akan terus meng"booo" mereka atas kegagalan membubarkan kabinet pada masa yang tepat dan sesuai.

8. Saya sendiri tidak tahu, kesempatan bagaimana lagi yang ditunggu oleh PM setelah pelbagai langkah popular telah diambil oleh beliau untuk memenangi dan membeli hati rakyat. Apa lagi yang lebih besar dari BR1M  yang menelan kos puluhan jutaan ringgit. Himpunan ulamak dan umarak telah selesai, Himpunan sejuta belia pun sudah. Terbaru himpunan wanita juga sudah diselesaikan. Buku Rosmah juga telah dilancar. Ilham apa lagi agaknya yang ditunggu oleh PM, melainkan rakyat semakin cuak dan give up menunggu dan menanti. Penantian itu satu penyeksaan.

9. Saya kira, rabu depan  bersamaan 27 Mac 2013, YAB  PM bolehlah memanggil mesyuarat terakhir kabinet seperti rutinnya dan sebelum itu, YAB  PM naik mengadap Yang Di Pertuan Agong untuk perkenan tarikh bubar kabinet. Sejurus selesai mesyuarat kabinet, PM boleh segera umumkan kepada rakyat pembubaran kabinet bagi membolehkan SPR menetapkan tarikh PRU ke 13. Saya kira, rakyat masih mampu bersabar menanti tarikh 27 Mac ini.

10. Jika 27 Mac 2013 ini, YAB PM masih tidak bersedia untuk bubarkan kabinet. Saya boleh gambarkan wajah - wajah rakyat negara ini yang semakin cuak dan muak dengan game UMNO dan BN. Wajah kusam yang tension dalam penantian. Mungkin penyokong BN sendiri akan boring dengan situasi seperti  itu. Sehari dua ni pun sudah ada gerakan kempen BP1M [Bubar Parlimen 1 Malaysia]. Andai ia masih berlarutan, kempen ini akan membesar dan saiznya akan mencetus gelombang baru yang menghakis kepercayaan rakyat terhadap BN dan PM sebagai kerajaan dan pemerintah yang tiada keyakinan diri. Justeru itu, kepada YAB Perdana menteri, dengarlah nasihat saya, bubarlah segera dan paling lewat 27 Mac ini. Jika tidak,  YAB PM  akan berdepan dengan situasi yang lebih sukar. Percayalah !

Nasrudin bin Hassan

Ketua DPPM