Tuesday 23 July 2013

Fitnah II: Anwar bantah rayuan diketuai peguam Umno


KUALA LUMPUR 22 JULAI: Pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim membantah perlantikan peguam pro Umno, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan bagi kes rayuan Fitnah II di Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Sunday 14 July 2013

MP Bayan Baru kesal SPRM tutup kes beli undi


KUALA LUMPUR, 11 JULAI: Ahli parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin kesal apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup siasatan laporan beli undi, kononnya kes itu tiada unsur jenayah.
Justeru, keputusan SPRM itu membuktikan kajian Transperency International bahawa hanya 31 peratus rakyat Malaysia yang percaya usaha kerajaan membanteras rasuah adalah benar.
“Alasan itu tidak boleh diterima. Bukti menunjukkan beribu pengundi di Pulau Pinang menyertai jamuan makan Kelab 1Malaysia, menerima duit dan baucer ‘lucky bonus’.
“Kaedah digunakan menunjukkan penganjur mempunyai pengalaman besar untuk membeli undi,” kata sidang media di Dewan Rakyat, semalam.
“SPRM mendapat RM276 juta dalam Bajet 2013. Malangnya keputusan menutup kes rasuah pilihan raya sangat mengecewakan,” katanya.Balik_Pulau_voucher2
Kata Sim, ramai pengundi di Pulau Pinang sanggup untuk tampil sebagai saksi.
“Tetapi jika SPRM cuba menutup mata terhadap jenayah ini, ternyata harapan untuk membanteras jenayah rasuah gagal,” katanya.
“Kami menyeru SPRM membuka semula fail dan menyiasat dengan bersungguh-sungguh. Pakatan Rakyat pula akan buat semula laporan berkenaan dalam masa terdekat,” jelas Sim.
Sebelum ini, tujuh laporan SPRM dibuat Pakatan Rakyat membabitkan kawasan Teluk Bahang, Pulau Betong, Teluk Air Tawar, Pinang Tunggal, Balik Pulau dan Bayan Lepas.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=54213


Friday 12 July 2013

PRK Kuala Besut: Dua Anak Tempatan Bersaing Rebut Tanggungjawab Jaga Rakyat

KUALA BESUT, 11 Julai (Bernama) -- Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut menjadi lebih istimewa kerana pertembungan calon yang melibatkan dua anak tempatan yang berpengalaman memberikan khidmat kepada masyarakat di Kuala Besut.

Thursday 11 July 2013

Permit Suara Keadilan dihalang, tapi benar Utusan terus fitnah


KUALA LUMPUR, 11JULAI: Kementerian Dalam Negeri (KDN) gagal memberi jawapan berhubung tindakan kerajaan membenar Utusan Malaysia diterbit dan diedar walaupun sering menghadapi saman fitnah.