Showing posts with label Penipu. Show all posts
Showing posts with label Penipu. Show all posts

Saturday, 25 January 2014

Kangkung Masak Pekasam!!!


Wednesday, 22 January 2014

Suap kangkung: Adun PKR enggan mohon maaf, tidak tunduk kepada Umno

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk Lee Khai Loon tidak akan memohon maaf atas perbuatannya menyuapkan kangkung ke dalam mulut replika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagaimana digesa Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Thursday, 16 January 2014

Kondo mewah: Keluarga Najib kebal daripada siasatan SPRM



KUALA LUMPUR 12 JAN: Keluarga Datuk Seri Najib Razak akan terus kebal daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya suruhanjaya itu masih diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Riza_Aziz

Tuesday, 14 January 2014

Perkahwinan mewah anak Ismail Sabri ketika rakyat diminta berjimat

KUALA LUMPUR 12 JAN: Menteri Barisan Nasional terus mempamerkan gaya hidup mewah ketika rakyat diminta berjimat cermat akibat keputusan kerajaan menaikkan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan.
Anak Ismail Sabri 1

Friday, 29 November 2013

Sapa pengkhianat sebenar negara ???


KUALA LUMPUR 25 Nov: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu berfikir sebelum  menuduh individu yang tidak mahu membayar cukai sebagai pengkhianat negara, tegas Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Wednesday, 27 November 2013

Bil elektrik: Najib angkuh, hina rakyat miskin




KUALA LUMPUR 25 Nov: Kenyataan perdana menteri, Datuk Seri  Najib Razak mempertahankan bil elektrik di kediaman rasminya berjumlah RM2.2 juta setahun, disifatkan menghina rakyat miskin, tegas Rafizi Ramli.

Monday, 25 November 2013

Najib Beri Kata Dua Kepada Rakyat - Pilih GST Atau Negara Bankrup..

GST atau kita akan bankrupt? 

Saat2 ini kalau Najib cakap depan2 aku memang sah2 kena maki kaw2 punya. Masa tue dia piem ka aku kena penjara ke lempang ke kena pijak ke kena sound ke apa ke dah tak rasa sakit dah. Janji dapat maki depan2. Nak cakap apa pun cakap la. Janji dapat maki sekali jadi ah.

Bukan nak kutuk tapi nak mengungkit balik. Kisah lama. Dulu2 kemain lagi korang kan. Kalau PR perintah negara ini kita akan bankrupt. Tapi sekarang sapa yang meroyan cakap negara akan bankrupt kat bawah neh der?

Sapaa?

 
BN juga.

Tapi sejak bila PR tadbir negara neh? Eh tak pernah la pula. Tapi eh kenapa negara nak bankrupt hah?

Saat2 neh tak terasa ke korang sebagai penyokong2 BN tetiba rasa eh memang sah la aku neh bodoh kan. Senang aje kena tipu dengan pemimpin2 BN. Eh bodohnya aku. Kebodohan aku akhirnya menyusahkan orang. Hahaha..

Tak terasa ka korang macam tue?

Kalau tak terasa tabik ah aku. Sebab bukan senang nak hidup dengan aman selepas menyusahkan orang lain. Apatah lagi ia babitkan hampir 51% rakyat di negara ini. Peratusan tinggi tue. Dah berapa ramai la yang korang susahkan tue ek. Tue pasal aku respect gile dengan orang2 macam neh.

Yang buat hutang tue BN. Nanti penyokong2 BN akan bagi alasan. Alah negara berhutang sebab nak majukan negara neh beb. Memang la ayat korang cantik nak mampos. Hakikatnya BN berhutang nak majukan negara neh sikit aje. Yang selebihnya songlap masuk poket sendiri. Cuba tengok pembangunan yang berlaku ketika zaman Mahathir dengan zaman Pak Lah dan Najib. Dan tengok pula jumlah hutang yang dikumpulkan oleh ketiga2 mereka. Buat perbandingan. Masa neh nanti penyokong2 BN akan bagi jawapan pula. Alah dulu harga barang macam mana.. sekarang harga barang macam mana.. memang betul semua tue memainkan peranan serba sedikit tetapi agak2 korang kalau korang ada akal yang waras, minda yang sihat dan pemikiran yang betul, benda2 kat bawah neh ke ataupun bab harga barang tue does effect ek? Cuba fikir?

1. Penyeleweng demi penyeleweng dana awam yang didedahkan oleh audit. Ketidaktelusan dalam membelanjakan wang rakyat oleh agensi2 kerajaan. Dalam erti kata lain perbelanjaan tidak berhemah seperti membeli teropong paling mahal di dunia dengan specs yang biasa2 saja. Malu kat negara luar kalau tahu neh beb.

2. Projek2 gajah putih, hitam, kelabu, semua warna cukup wujud kat negara neh dan bertambah dari tahun ke tahun. Kat situ menyebabkan dana wang terbazir begitu saja tanpa ada sesiapa pun dipertanggungjawabkan untuk membayar semula kerugian2 tersebut. Contohnya skandal PKFZ yang menyebabkan berbillion2 wang negara hangus begitu saja.

3. Kakitangan kerajaan yang banyak namun skop tugas yang tidak jelas. Agensi kerajaan yang bertindih tugas antara satu sama lain. Gaji nak kena bayar neh. Dalam bahasa mudahnya ialah tenaga kerja ramai tetapi bidang tugas sikit. So kat sini mewujudkan pembaziran dari segi tenaga kerja. Contoh macam Najib. Penasihat wanita ada, penasihat kebudayaan ada, penasihat kewangan pun ada. Berapa banyak penasihat yang Najib mahu? Sedangkan kita sudah ada kementerian2 yang khusus seperti kementerian kewangan, wanita dan etc2. Lantik lagi orang buat kerja yang serupa. Lepas tue lantik lagi duta2 khas ke sana ke mari. Macam Samy Vellu, Jamaluddin Jarjis. Tapi kerja apa? Kita pun taktau. Gaji jalan, kerja tak jalan, duit terbuang, rakyat tanggung. Tiap2 bulan. Kalau setahun dah berapa? Kalau 5 tahun dah berapa? Tak ke ini menyebabkan perbelanjaan negara meningkat? Ini la namanya meningkatkan perbelanjaan dan menambah beban hutang negara. Ada pernah fikir?

4. Kempen demi kempen yang 100% di bawah kerajaan. Contohnya ko nak kempen pasal merokok. Then ko akan lantik syarikat kroni. Projek2 neh bukan projek gajah putih atau gajah mampos. Projek2 neh jalan. Ada hasil. Tapi wang yang dibelanjakan terlalu mahal dan tidak setimpal dengan hasil yang ditunjukkan. Contoh kes macam portal / website harga barang tue. Dengan isu email 1Malaysia. Sudah2la tue. Jangan ditanya tentang perkembangan tue lagi. Agak2 kalau penyokong2 BN ada rasa malu, tolong la.. pandai2 la sorok muka sendiri kat mana2 tempat yang patut. 

5. Projek demi projek untuk kroni2 sendiri. Projek jalan juga. Bukan gajah putih atau warna warni atau gajah mati. Projek jalan cuma mislead sikit dari matlamat asal. Contoh kes macam NFC. Projek jalan tapi untuk Shahrizat dan anak beranak dia je la. Kita neh dok tunggu2 la macam orang bangang nak beli lembu murah konon. Lembu tempatan konon. Nak dapatkan harga lembu dengan lebih rendah konon. Lebih berkualiti dengan harga mampu milik konon. Macam HARAM.

6. Projek2 rasuah. Ye, buat bumbung, runtuh. Pasal rasuah. Oke kerajaan dah bagi sekian2 peruntukkan untuk projek neh. Dana yang disalurkan mencukupi. Pe kata kita makan sikit. Alah rilex la, kita kan kawan2. Bak kata Zahrain setiausaha UMNO Bandar Tun Razak. Rasuah dalam agensi kerajaan bukan setakat bawah meja, atau atas meja, sekarang dengan meja2 sekali lebur. Punyalah dasat nak mampos. Itulah hakikatnya.

Kesemua benda di atas, kalau dikumpul2 dan digabung2 rasanya lebih memberikan kesan yang mendalam atas apa yang kita alami hari neh berbanding faktor harga barang2 kot der..? Ye tak penyokong2 BN? Jangan tipu diri sendiri la..

Mungkin 3,5 atau 10% dari jumlah hutang yang kita alami hari neh datangnya dari faktor perubahan harga2 barang dan perkhidmatan dulu berbanding sekarang. Tetapi 90% jumlah hutang terkumpul adalah disebabkan ketidakpandaian BN dalam mentadbir negara neh akibat amalan rasuah dan ketirisan dalam agensi kerajaan.

Terima la hakikatnya. Lebih cepat korang terima hakikat, lebih cepat kita dapat ubah sesuatu sebelum keadaan benar2 terlewat untuk kita berpatah balik dan membetulkan keadaan. Dan Najib, jawapan untuk ko, kata dua atau tiga, samada GST atau negara bankrupt, kedua2nya bukan opsyen yang bagus untuk rakyat. Dan rakyat tak berminat nak pilih salah satu darinya. Yang rakyat nampak di depan dorang ialah macam mana nak beramboskan BN dari negara ini.. itu yang dok terfikir2kan oleh rakyat .. macam mana macam mana.. sekarang tengah cari kaedah yang sesuai.. ko tunggu la Najib. Hanya bila rakyat segenap lapisan bersatu, tak payah cakap banyak, ko jatuhla nanti. Just wait and see. 


Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/11/najib-beri-kata-dua-kepada-rakyat-pilih.html#ixzz2ljOLwMlZ

P/S: Post ni dh cukup cantik..BGO copypaste utk sebarkan ja..haha

Saturday, 9 November 2013

Kufur sokong tuntutan iktiraf lesbian, gay


Kufur sokong tuntutan iktiraf lesbian, gay
Kuala Lumpur: Seorang ahli akademik menyifatkan orang Islam, yang menyokong tuntutan persamaan hak dan pengiktirafan pengamal lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebagai menjurus kepada kekufuran.

Wednesday, 6 November 2013

Menteri jamin kos kesihatan tak naik

 


Penjelasan GST
Melaka Tengah: Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015 tidak akan meningkatkan kos perkhidmatan dan rawatan kesihatan awam.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata sektor itu memang dikecualikan cukai oleh kerajaan, namun pihaknya akan meneliti dan mengeluarkan senarai terperinci jenis khidmat kesihatan yang tidak terbabit dalam pelaksanaan GST untuk makluman awal kepada rakyat.


Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara itu yang hanya boleh menimbulkan keresahan dan mengelirukan orang ramai, terutama apabila GST dijadikan isu oleh pembangkang.

“Ada beberapa perkara lain yang dikecualikan GST dalam sistem perkhidmatan kesihatan. Kita akan bincangkan secara lebih mendalam kerana perkhidmatan ini sebenarnya mempunyai skop yang amat luas,” katanya pada majlis rumah terbukanya sempena Deepavali di Ujong Pasir, di sini malam kelmarin.

Antara yang hadir bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; pemimpin MIC negeri, Datuk R Raghavan dan Datuk R Perumal serta kira-kira 1,500 tetamu pelbagai kaum.

Perkasakan agensi
Dalam pada itu, Dr Subramaniam berkata, kementeriannya akan memperkasakan lagi agensi yang terbabit dalam aspek keselamatan makanan bagi memastikan kesihatan rakyat sentiasa terkawal.

Katanya, antara yang perlu diperkasakan ialah prosedur penguatkuasaan untuk memantau makanan dari luar negara supaya sentiasa selamat dan bersih daripada sebarang bentuk pencemaran.

Pada masa sama, beliau berkata, agensi itu juga perlu sentiasa memberi penerangan serta meningkatkan kesedaran orang ramai berhubung keselamatan makanan.

“Ketika ini, kita menghadapi cabaran baru dalam soal keselamatan makanan kerana pelbagai jenis makanan dari luar mudah dibawa masuk ke Malaysia. Sebab itu, kita berusaha memperkasakan agensi berkenaan kerana ia boleh menyelamatkan rakyat daripada terkena pelbagai penyakit yang boleh mengancam nyawa,” katanya.

Berita Hairan


P/S: Adakah jaminan ini sama seperti jaminan harga minyak tak naik??? Jahanam la rakyat2 Malaysia..Terima kasih kepada yang mengundi BN pada PRU13 hari tu...BGO undi Karpal SIngh.Hehe

Tuesday, 5 November 2013

Pengerusi SPR Aziz Yusof kata perbuatan BN di Sg Limau tiada unsur rasuah



BN dah tabur berjuta dana awam suruh undi BN tak kira rasuah lagi?! 

Sunday, 3 November 2013

Pas sudah hancur

Punyalah teruk hancur lunyai PAS ... begitulah gambaran yang cuba disampaikan oleh TV3 kot.

Bajet 2014: Cakap besar subsidi rakyat hilang juga


 
Kata Perdana Menteri semasa membentang Bajet 2014, tahun 2013 akan menyaksikan perkembangan ekonomi sebanyak 4.5 hingga 5 peratus. Manakala KDNK negara pada 2014 dijangka oleh Perdana Menteri sebanyak RM34,126 berbanding tahun 2009 hanya RM24,879.

Saturday, 2 November 2013

GST cengkam rakyat miskin, berpendapatan rendah

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah satu sistem percukaian yang telus, efisien untuk dilaksanakan bagi jangkamasa yang akan datang. Persoalannya, apakah Malaysia sudah bersedia? Saya mengambil maklum bahawa hanya 10% daripada ‘working population’ di Malaysia yang membayar cukai. Saya juga bersetuju supaya negara perlu mengurangkan kebergantungan di atas pendapatan daripada sumber petroleum dan gas yang hari ini menyumbang di antara 35%-40% daripada hasil negara.
gst-grafik-01Saya juga menyedari bahawa tax based kita adalah agak ‘narrow’. Maka satu reformasi sistem percukaian perlu digubal segera supaya ianya bersifat ‘broad based’ dan komprehensif bagi menggantikan Sales and Services Tax (SST) yang menyumbang 7% kepada pendapatan negara.
Namun saya juga mendesak kerajaan supaya mengamalkan fiscal disciplineyang ketat dan memotong Belanja Mengurus di setiap kementerian.
Di negara maju, falsafah perlaksanaan GST bukanlah untuk mencipta hasil baru atau meningkatkan pendapatan bagi negara tetapi adalah untuk memastikan satu sistem percukaian yang saksama dan menyeluruh. GST juga menjadi satu rangsangan kepada rakyat untuk meningkatkan simpanan serta tidak boros dalam berbelanja. Pendek kata, GST bertujuan to redistribute or diversify, and not increase the tax burden.
Kejayaan perlaksanaan GST di negara-negara maju adalah infrastruktur sistem percukaian yang kukuh di mana kadar cukai pendapatan dan kadar GST bergerak dalam arah bertentangan di mana apabila GST diperkenalkan pada satu kadar, kadar cukai pendapatan diturunkan untuk offfset bebanan GST.
Bajet 2014 mencadangkan bebanan GST dikurangkan atau off set dengan pemberian BR1M dan penurunan kadar minima ke atas cukai pendapatan.
Malaysia pada hari ini masih belum bersedia untuk perlaksanaan GST. Ini kerana lebih 40% rakyat mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500 sebulan dan 80% daripadanya adalah orang Melayu dan Bumiputera. Sudah pasti, GST akan menekan golongan dalam kelompok berpendapatan rendah dan rakyat miskin.
Apabila saya membicarakan soal kemiskinan, saya tidak merujuk kepada golongan miskin tegar sahaja tetapi yang perlu diberikan perhatian adalah golongan yang mempunyai bebanan hutang yang tinggi termasuk ‘young workers, newly married couples’ dan juga mereka yang mempunyai tanggungan yang ramai.
FOMCA melaporkan sejumlah 47% pekerja muda di negara ini dibebankan dengan jumlah hutang yang begitu serius. Sementara itu, Kajian Pusat Pendidikan dan Penyelidikan Pengguna menyatakan lebih 30% daripada gaji golongan muda digunakan untuk membayar hutang sekaligus mengesahkan beban dan kesempitan hidup generasi muda dan rakyat secara keseluruhannya.
Selain daripada itu, perlaksanaan GST akan juga meningkatkan kadar inflasi yang akan mencengkam kehidupan rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah.
Hal ini bertambah serius apabila Bajet 2014 memotong RM7.29 bilion jumlah subsidi kepada rakyat. Langkah pengurangan subsidi ini akan menyebabkan kos produktiviti meningkat dan kuasa membeli atau ‘purchasing power’ rakyat semakin lemah. Kitaran ekonomi ini juga akan mengakibatkan kadar inflasi terus meningkat berkadaran dengan langkah perlaksanaan GST pada April 2015.
Persoalannya adakah kerajaan telah meneliti impak sosio ekonomi rakyat dengan perlaksanaan GST dan pemotongan subsidi rakyat? Penganalisa ekonomi mengunjurkan tahap inflasi akan meningkat sebanyak 2% apabila GST dilaksanakan. Jika perlaksanaan GST ini konsisten dengan langkah pemotongan subsidi yang diumumkan, maka dijangkakan kadar inflasi akan terus meningkat sehingga kadar 5% pada tahun 2015.
Ucapan Perbahasan Bajet 2014 Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Ahli Parlimen Gombak
Ahli Dewan Negeri Bukit Antarabangsa

Wednesday, 30 October 2013

Gaji pegawai kanan JPM melampau, subsidi rakyat dipotong

KUALA LUMPUR 29 OKT: Tidak wajar gaji terlalu tinggi dibayar kepada pegawai kanan termasuk berstatus kontrak di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam keadaan subsidi rakyat terbanyak dipotong, kata Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming.
Minyak naik“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak harus sama mengurangkan perbelanjaan tidak perlu jika beliau serius mahu membantu rakyat yang kini berdepan kos sara hidup tinggi ekoran tindakannya memotong subsidi gula, minyak masak dalam bajetnya baru-baru ini.
“Najib harus ingat peruntukan jabatannya melonjak 13 peratus berbanding tahun lalu iaitu RM250 bilion kepada RM264 bilion,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau mengulas gaji pegawai kanan JPM yang disifatkannya melampau kerana lebih tinggi berbanding gaji penjawat awam.
Manakala pada pembentangan Bajet 26 Oktober lalu, Najib memotong subsidi rakyat sebanyak RM7.3 bilion.
“Pada 1 Oktober lalu, saya diberitahu gaji tahunan, elaun dan bonus Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agensi Inovasi Malaysia RM830,500 (gaji bulanan kira-kira RM69,000).
“CEO Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bergaji tahunan RM480,000 (sebulan RM40,000, elaun tahunan RM162,000, bonus RM60,000).
“CEO TalentCorp bergaji bulanan RM30,000 tidak termasuk elaun kereta RM5,000 sebulan.
“Gaji bulanan semua CEO ini lebih tinggi daripada penjawat awam seperti Ketua Setiausaha Negara bergaji sebulan hanya RM23,577,” katanya.
Beliau turut mendedahkan pegawai JPM berstatus kontrak yang dibayar gaji setaraf pegawai tinggi penjawat awam.
“Contohnya, gaji Pengarah Pengurusan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) setaraf dengan JUSA A/B penjawat awam bergaji maksimum RM49,000 sebulan, Pengarah Bersekutunya bersamaan JUSA C penjawat awam bergaji maksimum RM31,600 sebulan.
“Jawatan Pengurus Kanan pula bersamaan penjawat awam Gred 54 bergaji maksimum RM21,000 sebulan,” katanya.
Ong turut mendesak Najib menjimatkan wang rakyat dengan menghentikan kewujudan agensi baru Yayasan Hijau kerana fungsinya bertindih dengan agensi sedia ada seperti Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) serta Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MAGIC).

Monday, 30 September 2013

Ahmad Maslan mengaku dia bodoh..

 

Sunday, 29 September 2013

Menteri dedah kos sambutan raya rumah PM RM2.9 juta

 

KUALA LUMPUR 24 SEPTEMBER: Sebanyak RM2.88 juta kos yang dibelanjakan bagi menjamu 80,000 tetamu yang melawat kediaman Perdana Menteri semasa sambutan rumah terbuka Aidilfitri lalu, dedah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.
rumah-terbuka-aidil-fitri

Friday, 27 September 2013

Cardiff City,Vincent Tan & Kerajaan Malaysia

Perbelanjaan kerajaan melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan berjumlah £3 juta atau melebihi RM15 juta melalui penajaan jersi “Front of Shirt Sponsorship” adalah tidak wajar dan membazir.
Penajaan tersebut disalurkan kepada Kelab Bola Sepak Cardiff City milik ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan (gambar) untuk tempoh setahun.
Perbelanjaan tersebut tidak akan berupaya membayar balik melalui tarikan pelancong hanya dari United Kingdom khususnya Negara Eropah Barat.
vinni-tan_getty_2645418b

Friday, 6 September 2013

Kambing Yang Sudah Bebas

Kenyataan Terbuka
23 Ogos 2013

Pembebasan Azilah dan Sirul Sudah Dijangka, Beri 'Motivasi' Kepada Pihak Tertentu Untuk Terus Membunuh

Sememangnya dari awal kes pembunuhan Altantuya menyaksikan perbicaraan melibatkan Azilah dan Sirul ditangguh dan ditangguh sehingga selepas pilihanraya untuk memberi laluan Barisan Nasional menang PRU tersebut. Kemenangan ini membolehkan kedua-dua 'pak sanggup' ini dibebaskan, hari ini. 

Perihal ini sudah disebut dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sudah menjangka keputusan mahkamah Rayuan yang membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu. 

Apabila BN kekal, rakyat bukan sahaja tidak mengetahui apakah motif pembunuhan dan siapa yang arah pembunuhan Altantuya, malah pembunuhnya juga dibebaskan. 

Walaupun dalam kes yang berprofile tinggi, walaupun sudah mengaku melakukan pembunuhan malah menyebut diri sebagai 'kambing hitam' kerana menjadi pembunuh upahan, namun akhirnya dibebaskan. Apakah ia satu keputusan menang-menang demi saling melindungi? Lihatlah bagaimana keadilan tidak berada di tempatnya, tetapi berada di tangan pemerintah.

Keputusan ini juga seharusnya memberikan 'motivasi' besar kepada pihak tertentu untuk terus menjalankan kerja 'black-ops' dengan jaminan dibebas sekiranya tertangkap dan dibicarakan. Pihak tertentu termasuk kemungkinan melibatkan anggota polis yang mengikut telunjuk atasan mampu berbuat apa sahaja kerja jahat, pasti akhirnya terlepas hukuman dan dibebaskan. Maka tidak hairanlah jika selepas ini lebih banyak kes pembunuh upahan. Konspirasi akhirnya berjaya apabila si pembunuh, individu yang mengarah pembunuhan, orang tengah, semuanya selamat. Rekod imigresen Altantuya terus hilang, bersama rekod bahan letupan yang diseludup keluar.

Pendedahan mengenai kematian tragis Altantuya telah di buat oleh SAMM dan banyak pihak lain khususnya apabila melibatkan skandal penyelewengan pembelian kapal selam Scorpene. che'GuBard sebelum ini pernah menulis dan menerbitkan sebuah buku yang bertajuk 'Siapa Arah Bunuh Altantuya'. Buku tersebut telah menyebabkan che'GuBard ditahan sebanyak enam kali dan rumah che'GuBard beberapa kali digeledah, namun tiada dakwaan terhadap che'GuBard. Malah ketika buku ini dilancarkan, rumah che'GuBard dibaling dengan bom botol.

Justeru itu, apakah konklusi paling tepat mengenai pembunuhan altantuya? Negara hari ini menjadi kartun apabila membayangkan 'sebenarnya' Altantuya membunuh dirinya sendiri, kemudian bangun dan meletupkan pula dirinya menggunakan bom C4 demi menghilangkan bukti.

CHE'GUBARD
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

 http://milosuam.blogspot.com/2013/08/pembebasan-azilah-dan-sirul-sudah.html#ixzz2d9R8JzgA

Wednesday, 28 August 2013

BN Kedah kejam ???



Kerajaan Barisan Nasional (BN) Kedah sehingga sekarang gagal menyelesaikan gaji kakitangan Insaniah Holding Sdn. Bhd. yang telah tertunggak hampir empat bulan.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media menjelaskan tindakan tersebut umpama mendera 268 orang kakitangan yang terpaksa berdepan dengan kesulitan kerana tidak mendapat gaji.

Friday, 23 August 2013

Menjelang pemilihan Umno, Najib mula ditinggalkan


KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal ditinggalkan berkeseorangan dalam menghadapi kegagalan dalam pentadbirannya.
Pandangan itu dinyatakan Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail yang melihat rancangan licik pihak tertentu untuk menjadikan Najib sebagai mangsa bagi menyelamatkan imej UmnoNajib_Pening
“Menjelang pemilihan Umno ini, trendnya agak pelik. Dahulu semua berlumba-lumba mahu rebut jawatan.
“Tetapi kini sebaliknya berlaku, ramai umumkan tidak mahu bertanding,” kata Azan kepada Keadilandaily.
Media arus perdana sebelum ini melaporkan keputusan beberapa pemimpin Umno yang mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan mereka.