Showing posts with label Tragedi. Show all posts
Showing posts with label Tragedi. Show all posts

Wednesday, 27 November 2013

Wakil Kiah SPY dalam PAS...


Wednesday, 6 November 2013

Menteri jamin kos kesihatan tak naik

 


Penjelasan GST
Melaka Tengah: Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015 tidak akan meningkatkan kos perkhidmatan dan rawatan kesihatan awam.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata sektor itu memang dikecualikan cukai oleh kerajaan, namun pihaknya akan meneliti dan mengeluarkan senarai terperinci jenis khidmat kesihatan yang tidak terbabit dalam pelaksanaan GST untuk makluman awal kepada rakyat.


Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara itu yang hanya boleh menimbulkan keresahan dan mengelirukan orang ramai, terutama apabila GST dijadikan isu oleh pembangkang.

“Ada beberapa perkara lain yang dikecualikan GST dalam sistem perkhidmatan kesihatan. Kita akan bincangkan secara lebih mendalam kerana perkhidmatan ini sebenarnya mempunyai skop yang amat luas,” katanya pada majlis rumah terbukanya sempena Deepavali di Ujong Pasir, di sini malam kelmarin.

Antara yang hadir bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; pemimpin MIC negeri, Datuk R Raghavan dan Datuk R Perumal serta kira-kira 1,500 tetamu pelbagai kaum.

Perkasakan agensi
Dalam pada itu, Dr Subramaniam berkata, kementeriannya akan memperkasakan lagi agensi yang terbabit dalam aspek keselamatan makanan bagi memastikan kesihatan rakyat sentiasa terkawal.

Katanya, antara yang perlu diperkasakan ialah prosedur penguatkuasaan untuk memantau makanan dari luar negara supaya sentiasa selamat dan bersih daripada sebarang bentuk pencemaran.

Pada masa sama, beliau berkata, agensi itu juga perlu sentiasa memberi penerangan serta meningkatkan kesedaran orang ramai berhubung keselamatan makanan.

“Ketika ini, kita menghadapi cabaran baru dalam soal keselamatan makanan kerana pelbagai jenis makanan dari luar mudah dibawa masuk ke Malaysia. Sebab itu, kita berusaha memperkasakan agensi berkenaan kerana ia boleh menyelamatkan rakyat daripada terkena pelbagai penyakit yang boleh mengancam nyawa,” katanya.

Berita Hairan


P/S: Adakah jaminan ini sama seperti jaminan harga minyak tak naik??? Jahanam la rakyat2 Malaysia..Terima kasih kepada yang mengundi BN pada PRU13 hari tu...BGO undi Karpal SIngh.Hehe

Sunday, 6 October 2013

Ini, 'Pelacur Senyap', Bongkar Penyakit Sosial Baru?

Remaja tawar khidmat seks RM50 - RM80

KULIM - Seorang remaja berusia 16 tahun, di sini, sudah melakukan kegiatan pelacuran sejak berusia 14 tahun setelah diperkosa beberapa kali oleh teman lelakinya. Remaja berkenaan yang ditahan polis dalam rondaan cegah jenayah mengakui, gemar melakukan aktiviti tidak bermoral itu dengan mengenakan bayaran antara RM50 hingga RM80.

Wednesday, 25 September 2013

Ustaz Azizan Meninggal Dunia

Ustaz Azizan Telah Meninggal Dunia 11.10 Pagi ini



Pengundi Pas Kedah
Dukacita dimaklumkan bahawa Ust Azizan telah kembali ke rahmatullah pada jam 11.10 pagi ini, 26/9/2013...semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau dan menempatkan beliau di kalangan mereka yg berjihad pada jalan Nya

Ibnu Al-Khams
Info TERKINI ;
Jenazah ustaz Azizan berkemungkinan akan disimpan di Muassasah Darul Ulum, sekarang masih dalam mesyuarat dengan waris dan juga pimpinan PAS Kedah jam berapa akan disimpan. InsyaAllah maklumat terbaru akan dimaklum kemudian..
 
Sumber

Saturday, 15 June 2013

Umno akan tumbang di Pulau Pinang

Adakah ini tanda2 yang UMNO akan tumbang di Pulau Pinang dan Malaysia tak lama lagi??  Apa pun BGO ucap takziah kat keluarga mangsa...