Tuesday, 23 July 2013

Fitnah II: Anwar bantah rayuan diketuai peguam Umno


KUALA LUMPUR 22 JULAI: Pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim membantah perlantikan peguam pro Umno, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan bagi kes rayuan Fitnah II di Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Sunday, 14 July 2013

MP Bayan Baru kesal SPRM tutup kes beli undi


KUALA LUMPUR, 11 JULAI: Ahli parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin kesal apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup siasatan laporan beli undi, kononnya kes itu tiada unsur jenayah.
Justeru, keputusan SPRM itu membuktikan kajian Transperency International bahawa hanya 31 peratus rakyat Malaysia yang percaya usaha kerajaan membanteras rasuah adalah benar.
“Alasan itu tidak boleh diterima. Bukti menunjukkan beribu pengundi di Pulau Pinang menyertai jamuan makan Kelab 1Malaysia, menerima duit dan baucer ‘lucky bonus’.
“Kaedah digunakan menunjukkan penganjur mempunyai pengalaman besar untuk membeli undi,” kata sidang media di Dewan Rakyat, semalam.
“SPRM mendapat RM276 juta dalam Bajet 2013. Malangnya keputusan menutup kes rasuah pilihan raya sangat mengecewakan,” katanya.Balik_Pulau_voucher2
Kata Sim, ramai pengundi di Pulau Pinang sanggup untuk tampil sebagai saksi.
“Tetapi jika SPRM cuba menutup mata terhadap jenayah ini, ternyata harapan untuk membanteras jenayah rasuah gagal,” katanya.
“Kami menyeru SPRM membuka semula fail dan menyiasat dengan bersungguh-sungguh. Pakatan Rakyat pula akan buat semula laporan berkenaan dalam masa terdekat,” jelas Sim.
Sebelum ini, tujuh laporan SPRM dibuat Pakatan Rakyat membabitkan kawasan Teluk Bahang, Pulau Betong, Teluk Air Tawar, Pinang Tunggal, Balik Pulau dan Bayan Lepas.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=54213


Friday, 12 July 2013

PRK Kuala Besut: Dua Anak Tempatan Bersaing Rebut Tanggungjawab Jaga Rakyat

KUALA BESUT, 11 Julai (Bernama) -- Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut menjadi lebih istimewa kerana pertembungan calon yang melibatkan dua anak tempatan yang berpengalaman memberikan khidmat kepada masyarakat di Kuala Besut.

Thursday, 11 July 2013

Permit Suara Keadilan dihalang, tapi benar Utusan terus fitnah


KUALA LUMPUR, 11JULAI: Kementerian Dalam Negeri (KDN) gagal memberi jawapan berhubung tindakan kerajaan membenar Utusan Malaysia diterbit dan diedar walaupun sering menghadapi saman fitnah.

Saturday, 15 June 2013

Umno akan tumbang di Pulau Pinang

Adakah ini tanda2 yang UMNO akan tumbang di Pulau Pinang dan Malaysia tak lama lagi??  Apa pun BGO ucap takziah kat keluarga mangsa...


Friday, 14 June 2013

Penafian Volkswagen, Peugeot malukan BN




Penafian beberapa syarikat pengeluar kereta bahawa mereka menurunkan harga kereta, sebagai sebahagian memenuhi janji pilihan raya BN, dilihat memalukan parti itu, kata Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

NONEMenurut Nik Nazmi (kanan) lagi, ia sekali gus mendedahkan betapa terdesaknya parti pemerintah dalam berhadapan dengan kempen turunkan harga kereta oleh Pakatan Rakyat.

"Episod memalukan ini mendedahkan betapa terdesaknya Umno-BN dalam berhadapan dengan kempen #TurunkanHargaKereta Pakatan," kata Nik Nazmi dalam kenyataannya hari ini.

Pada 10 Jun lalu, akhbar Umno Utusan Malaysia melaporkan, kerajaan memenuhi janji menurunkan harga kereta secara berperingkat apabila lima syarikat pengeluar kereta mengumumkan penurunan harga 10 model kereta keluaran mereka.

NONEHarian itu juga melaporkan, penurunan antara RM449 hingga RM12,775 (dari 0.7 hingga 11 peratus) dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini membabitkan kereta keluaran Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda.

Penurunan fasa pertama harga kenderaan itu merupakan sebahagian daripada pelan kerajaan menurunkan secara berperingkat harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus sehingga 2007.

Bagaimanapun, Volkswagen dan Peugeot Malaysia di Facebook masing-masing, menjawab soalan pelayar Internet, menafikan perkara itu.

Volkswagen Malaysia menjelaskan, harga modelnya Golf tidak diturunkan dari RM169,888 kepada RM157,888, sebaliknya memang dilancarkan dengan harga RM157,888.

Manakala Peugeot pula berkata, mereka tidak dirujuk dan tiada kaitan dengan artikel itu. Menurut pengeluar kereta Perancis itu juga, harga yang ditunjukkan 308 Turbo pra- facelift dan 308 VTi sebenarnya merupakan dua varian berbeza dari Peugeot 308.

"Setakat pengetahuan kami, tiada dasar berhubung sebarang harga baru," jelas Peugeot Malaysia di Facebook lagi./~malaysiakini

Pengganas/Penjenayah berbahaya telah ditahan


Berita penting,seorang penjenayah yang lebih berbahaya dari penceroboh di SULU telah berjaya ditahan,tapi ada dua org yang ada identiti yang sama...Hehehe