Thursday 24 April 2014

Ter NOW!!! PRK Bukit Gelugor




Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan Pilihan Raya Kecil Bukit Gelugor akan diadakan pada 25 Mei manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 12 Mei ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar) berkata, seramai 82,431 pengundi akan menjalankan tanggungjawab mereka pada kali ini yang mencatatkan 82,255 pengundi biasa, 148 pengundi awal dan 28 pengundi tidak hadir luar negara.

"Tarikh pengundian awal ditetapkan pada 21 Mei dan Dewan Sri Pinang, Georgetown akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi rasmi.

"Sebanyak 21 pusat mengundi akan dibuka iaitu 17 pusat mengundi biasa dan 4 pusat mengundi awal," katanya di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya hari ini.

PRK Bukit Gelugor diadakan setelah penyandangnya, Karpal Singh, 73, maut apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan menuju ke Pulau Pinang