Saturday 31 August 2013

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia



BGO nak ucapkan selamat menyambut hari merdeka...Merdekakah kita?? Jom renungkan bersama sama erti kemerdekaan....

Wednesday 28 August 2013

BN Kedah kejam ???



Kerajaan Barisan Nasional (BN) Kedah sehingga sekarang gagal menyelesaikan gaji kakitangan Insaniah Holding Sdn. Bhd. yang telah tertunggak hampir empat bulan.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media menjelaskan tindakan tersebut umpama mendera 268 orang kakitangan yang terpaksa berdepan dengan kesulitan kerana tidak mendapat gaji.

Friday 23 August 2013

Menjelang pemilihan Umno, Najib mula ditinggalkan


KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal ditinggalkan berkeseorangan dalam menghadapi kegagalan dalam pentadbirannya.
Pandangan itu dinyatakan Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail yang melihat rancangan licik pihak tertentu untuk menjadikan Najib sebagai mangsa bagi menyelamatkan imej UmnoNajib_Pening
“Menjelang pemilihan Umno ini, trendnya agak pelik. Dahulu semua berlumba-lumba mahu rebut jawatan.
“Tetapi kini sebaliknya berlaku, ramai umumkan tidak mahu bertanding,” kata Azan kepada Keadilandaily.
Media arus perdana sebelum ini melaporkan keputusan beberapa pemimpin Umno yang mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan mereka.

Wednesday 21 August 2013

Pengkritik Perdana Menteri boleh disiasat bawah Akta Hasutan?


Suren lagi







KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Peguam N Surendran berkata, siasatan tehadap Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah membuktikan tiada siapa boleh mengkritik atau mempersoalkan Perdana Menteri.

Monday 19 August 2013

Berita Gembira Dari Kerajaan BN, Buat Pengundi Muda Peminjam PTPTN


Friday 16 August 2013

Mangsa ISA jadi Menteri Dalam Negeri





Mohamad Sabu selalu berkata, ‘Polis tahan aku di bawah ISA, kalau aku jadi Menteri Dalam Negeri nanti macam mana?’

Friday 9 August 2013

Bakal Perdana Menteri Malaysia yang popular



Harakahdaily,23 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Sumber Umno memberitahu Harakahdaily bahawa kini populariti timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengatasi bosnya Datuk Seri Najib Razak di dalam Umno.

“Malah isteri Muhyiddin (Hajjah) Norainee (Abd Rahman) lebih popular daripada (Datin Seri) Rosmah (Mansor),” kata sumber Umno itu yang menghubungi Harakahdaily pagi tadi.

Ditanya apa bukti beliau untuk menyatakan demikian, berikut ialah jawapannya.

“Ada orang terkenal daripada Universiti Malaya maklumkan kajiannya pada Muhyiddin. Dan beliau sangat gembira. Terbukti keputusannya untuk membisu tatkala orang war-war tidak dipertandingkan dua jawatan tertinggi dalam Umno adalah tepat,” kata sumber Umno itu lagi.

Menurut sumber Umno itu lagi, Najib kini semakin hilang pengaruh sepenuh di dalam Umno. Najib, katanya, kini terus diasak Tun Daim Zainuddin dan Tun Mahathir Mohamad.

Friday 2 August 2013

Menara 118 tingkat perlekeh warisan sejarah Malaysia


KUALA LUMPUR. 23 JULAI: Ahli parlimen Kuala Terengganu yang juga seorang arkitek, Datuk Raja Kamarul Baharin Shah berkata, pembinaan menara 118 tingkat menurunkan martabat dan imej sejarah Stadium Merdeka.