Sunday 14 July 2013

MP Bayan Baru kesal SPRM tutup kes beli undi


KUALA LUMPUR, 11 JULAI: Ahli parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin kesal apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup siasatan laporan beli undi, kononnya kes itu tiada unsur jenayah.
Justeru, keputusan SPRM itu membuktikan kajian Transperency International bahawa hanya 31 peratus rakyat Malaysia yang percaya usaha kerajaan membanteras rasuah adalah benar.
“Alasan itu tidak boleh diterima. Bukti menunjukkan beribu pengundi di Pulau Pinang menyertai jamuan makan Kelab 1Malaysia, menerima duit dan baucer ‘lucky bonus’.
“Kaedah digunakan menunjukkan penganjur mempunyai pengalaman besar untuk membeli undi,” kata sidang media di Dewan Rakyat, semalam.
“SPRM mendapat RM276 juta dalam Bajet 2013. Malangnya keputusan menutup kes rasuah pilihan raya sangat mengecewakan,” katanya.Balik_Pulau_voucher2
Kata Sim, ramai pengundi di Pulau Pinang sanggup untuk tampil sebagai saksi.
“Tetapi jika SPRM cuba menutup mata terhadap jenayah ini, ternyata harapan untuk membanteras jenayah rasuah gagal,” katanya.
“Kami menyeru SPRM membuka semula fail dan menyiasat dengan bersungguh-sungguh. Pakatan Rakyat pula akan buat semula laporan berkenaan dalam masa terdekat,” jelas Sim.
Sebelum ini, tujuh laporan SPRM dibuat Pakatan Rakyat membabitkan kawasan Teluk Bahang, Pulau Betong, Teluk Air Tawar, Pinang Tunggal, Balik Pulau dan Bayan Lepas.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=54213