Wednesday 19 March 2014

MH370-Pesawat telah selamat





Memang selamat.Telah selamat dirampas.

Kalau tanya aku, yang paling logik dengan isu kehilangan MH370 ni cuma satu yang lain tak berapa nak logik.  Pasainya sampai sekarang ni pesawat Boeing 777 yang sangat besar tu 'hilang total'. TheMalaysianInsider melaporkan:

Boeing 777, salah satu jenis pesawat dunia yang hebat dan canggih, kini hilang di kawasan sibuk tetapi tiada seorang pun tahu bagaimana dan mengapa.
Dalam laporan hari ini, CNN mendapatkan maklum balas pakar ke atas misteri yang menyelubungi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sama ada ia berpunca daripada bom atau kegagalan mekanikal atau dirampas. - TMI
Kalau meletup di udara ataupun terjunam dalam laut tentu dah jumpa pasai pasukan yang mencari bukan calang2 dari seluruh dunia pulak tu.

Kalau terhempas di darat lagi la tak logik dah lebih 3 hari tak jumpa lagi.

Andaian yang paling logik, pesawat tu kena rampas dan sekarang ni dah selamat mendarat.

Yang jadi keadaan caca-merba sekarang ni mungkin pasai tengah negotiation, jadinya maklumat sebenar kejadian tu dirahsiakan atas sebab keselamatan.