Thursday, 13 June 2013

Proton Turun Harga Runtuh.


Proton_BNSebelum ini diceritakan harga kereta Volkswagen Golf, RM157 888 yang diturunkan BN sebanyak RM12 000 menjadi RM157 888 kerana bijak sifir BN 
Pengeluar kereta Perancis, Peugeot juga malukan BN kerana mereka tidak dirujuk dan tiada kaitan dengan artikel yang diterbitkan Utusan Malaysia. Peugoeot juga berkata, harga yang ditunjukkan 308 Turbo pra- facelift dan 308 VTi sebenarnya merupakan dua varian berbeza dari Peugeot 308.
“Setakat pengetahuan kami, tiada dasar berhubung sebarang harga baru,” jelas Peugeot Malaysia di Facebook.
Bukan setakat Volkswagen dan Peugeot malukan BN, kini pengeluar kereta nasional, Proton juga malukan BN. Ini sebahagian memorandum yang dikeluarkan proton seperti di atas;
“We would like to clarify that above report probably refers to the discount amounts that we provided. Nonetheless, we are unable to confirm the accuracy of the information published. The news was not released with PROTON’s prior approval nor did we provide any of the figures mentioned” - Salawati Mohd Yusoff of PROTON Management
Jumlah diskaun yang sememangnya  telah disediakan Proton dijadikan cerita BN dan Utusan untuk cerita panglipur lara mereka tentang penurunan harga kereta.
Kenapa terjadi kalut sedemikian, kerana BN tak bersedia tentang penurunan harga kereta. Mereka tak ada cerita pun tentang penurunan harga kereta sebelum ini.