Saturday 1 June 2013

Gaji Ketua Menteri Yang Paling Tinggi


KUCHING 22 MEI: Gaji bulanan Ketua Menteri Sarawak akan naik tiga kali ganda mulai 1 Januari 2012 iaitu dari RM13,000 ke RM39,000 sebulan, menurut laporan Bernama.
Turut dinaikkan tiga kali ganda adalah gaji Timbalan Ketua Menteri, Menteri, Pembantu Menteri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sarawak.


Taib-MahmudIa dilakukan di bawah rang undang-undang yang diluluskan semalam oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, Timbalan Speaker dan setiausaha-setiausaha politik.
Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; Menteri Kanan dan Speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; Menteri, RM9,000 kepada RM27,000; Pembantu Menteri dan Timbalan Speaker, RM7,000 kepada RM21,000; Adun, RM4,500 kepada RM15,000 dan Setiausaha Politik, RM3,000 kepada RM9,000.
Rang undang-undang itu juga menetapkan kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Januari tahun lepas. Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 1992.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Wong Soon Koh dilapor berkata, semakan gaji itu dibuat berikutan peningkatan jangkaan daripada rakyat.
“Sarawak adalah sebesar Semenanjung dan banyak Adun perlu menjaga kawasan yang luas terutama mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar,” katanya.
Wong berkata, rang undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa minggu depan dan kenaikan gaji itu dijangka membabitkan RM17 juta daripada dana negeri, termasuk bayaran tunggakan dari tahun lepas.
Dengan kenaikan gaji ini, Ketua Menteri Sarawak mempunyai gaji yang lebih besar dari Perdana Menteri.
 http://www.keadilandaily.com/?p=52343