Thursday 16 January 2014

Kondo mewah: Keluarga Najib kebal daripada siasatan SPRM



KUALA LUMPUR 12 JAN: Keluarga Datuk Seri Najib Razak akan terus kebal daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya suruhanjaya itu masih diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Riza_Aziz

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin berkata demikian ketika mengulas isu kekayaan melampau anak Datin Seri Rosmah Mansor yang dilapor membeli satu unit kondominium mewah berharga RM110 juta (USD33.5 juta) di New York.
“SPRM sekarang berada di bawah (Jabatan) Perdana Menteri. Bagaimana ia nak menyiasat keluarga perdana menteri yang rasuah, sedang perlantikan ketuanya pun berada di tangan Perdana Menteri,” katanya ketika dihubungi.
Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard, berkata, ini bukan kali pertama isu berkaitan keluarga Perdana Menteri itu didedahkan dan diketahui umum.
“Dahulu sebelum PRU 13 saya ada dedahkan tentang isu mengenai stesyen jana kuasa IPP di Prai yang melibatkan Riza Shahriz. Sebelum ini didedahkan juga isu
pembelian cincin RM 24 juta Rosmah Mansor, dan tiada penafian yang dilakukan oleh beliau (Rosmah).
“Sampai sekarang SPRM masih tiada respon terhadap pendedahan yang dilakukan,” katanya sambil menggesa agar SPRM mengambil tindakan.
Riza Shahriz Abdul Aziz, anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor daripada perkahwinan terdahulu, dilapor membeli hartanah di West 63rd Street di Park Laurel,  New York, menurut laman web Sarawak Report.
Laporan itu memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal, yang menyatakan Riza membeli hartanah dengan tujuh bilik pada 19 November tahun lalu.
Satu laporan New York Times menyebut unit penthouse itu yang terletak di Central Park West, dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali  sebagai Park Laurel Acquisition. Riza, memulakan kerjaya perbankannya sebaik tamat pengajian di London School of Economics pada 2000.
Laporan Sarawak Report menyebut Riza pernah bekerja dengan firma perunding KPMG sehingga 2002 dan kemudian di HSBC London sehingga krisis kewangan pada 2008.


Sumber


BGO tudiaaaaa...dia kerja sendiri cari duit tu...tapi..agak2 dia pakai kabel ka untuk naik??