Terbaru, majlis perkahwinan anak perempuan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Yaakob yang dibuat secara gilang gemilang dan dianggap ‘Perkahwinan Paling Hebat tahun ini’.
Majlis termasuk upacara akad nikah di bangunan bekas Istana Negara serta majlis di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur, yang dihadiri golongan raja, selebriti, ahli politik dan pembesar negara.
Bagaimanapun, menteri itu enggan mendedahkan kos perkahwinan anaknya, Nina Sabrina dengan selebriti yang juga pereka fesyen Indonesia, Jovian Mandagie
“Tiada siapa di Malaysia mengisytiharkan perbelanjaan perkahwinan anak mereka, adakah saya perlu?” katanya seperti dilapor The Malaysian Insider.
Majlis perkahwinan anak Ismail Yaakob itu turut menampilkan barisan penyanyi terkenal Malaysia termasuk Datuk Jamal Abdilah dan diva Indonesia, Ruth Sahanaya bagi menghiburkan tetamu dengan lagu mereka.
Dipersoalkan kerana menggunakan bekas istana negara untuk majlis akad nikah, di mana sewa adalah RM25,000 untuk lapan jam, Ismail Sabri berkata, menantunya menerima “pakej yang baik” sebagai balasan untuk publisiti.
“Ia adalah majlis perkahwinan pertama diadakan di sana. Beliau adalah seorang pereka terkenal dan perkahwinan ini menjana banyak liputan, termasuk program Mahligai Cinta di TV3. Jadi ini adalah iklan yang baik untuk Istana Negara bagi pakej perkahwinan yang mereka akan tawarkan,” katanya.
Awal minggu ini, Menteri Dalam Negeri, mempamerkan kehidupan mewahnya apabila meraikan sambutan majlis hari jadi berprestij di sebuah hotel lima bintang di ibu negara.
Dalam masa sama, blogger Umno mendedahkan penggunaan dua jet mewah oleh perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan kos penerbangan sekitar RM27,000bagi setiap jam.
BGO kata,syukur la , Malaysia masih aman.Depa ingat belanja takpa..depa ada duit..kita dok bagi banyak duit belanja kat depa..HEHE