Friday, 23 August 2013

Menjelang pemilihan Umno, Najib mula ditinggalkan


KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal ditinggalkan berkeseorangan dalam menghadapi kegagalan dalam pentadbirannya.
Pandangan itu dinyatakan Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail yang melihat rancangan licik pihak tertentu untuk menjadikan Najib sebagai mangsa bagi menyelamatkan imej UmnoNajib_Pening
“Menjelang pemilihan Umno ini, trendnya agak pelik. Dahulu semua berlumba-lumba mahu rebut jawatan.
“Tetapi kini sebaliknya berlaku, ramai umumkan tidak mahu bertanding,” kata Azan kepada Keadilandaily.
Media arus perdana sebelum ini melaporkan keputusan beberapa pemimpin Umno yang mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan mereka.


“Ini satu muslihat paling licik, mereka mula menjauhkan diri daripada Najib.
“Semua kesalahan dan pentadbiran Najib terpaksa dipikulnya sendirian ” kata Azan yang juga merupakan Adun Bandar, Terengganu.
Najib Razak dilihat hilang fokus dan gagal mentadbirMadeynegara dengan baik dalam tempoh seratus hari memegang mandat sebagai Perdana Menteri.
Najib dijangka menerima tekanan kuat dari dalam parti menjelang pemilihan Umno termasuk dari bekas presiden Umno sendiri, Tun Dr Mahathir Mohammad.
Mahathir dalam satu wawancaranya dengan agensi berita antarabangsa AFP Mac lalu mengambarkan kedudukan Najib Razak tidak stabil sekiranya gagal menunjukkan prestasi baik dalam pilihan raya umum ke-13
Kritikan keras Mahathir terhadap Najib Razak dilihat sebagai isyarat yang mahukan perubahan dalam pucuk pimpinan Umno.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=54881