Friday 2 August 2013

Menara 118 tingkat perlekeh warisan sejarah Malaysia


KUALA LUMPUR. 23 JULAI: Ahli parlimen Kuala Terengganu yang juga seorang arkitek, Datuk Raja Kamarul Baharin Shah berkata, pembinaan menara 118 tingkat menurunkan martabat dan imej sejarah Stadium Merdeka.


“Membina menara 118 tingkat menurunkan martabat dan imej bersejarah Stadium Merdeka dan sekitarnya.
“Dari sudut warisan, kita kena tengok secara menyeluruh. Kawasan itu sangat istimewa.
RKB“Bukan semata-mata bangunan Stadium Merdeka atau Stadium Negara. Tetapi kumpulan bangunan dan kawasam itu sendiri adalah tapak sejarah,” katanya (gambar) kepada Keadilandaily.
Beliau turut menyokong cadangan Pertahankan Taman Merdeka Negara (PTMN) untuk mengadakan kongres warisan peringkat nasional bagi membincangkan nasib Stadium Merdeka.
Pemimpin Malaysia minda terjajah
Tegasnya, pemimpin Malaysia yang mempunyai mentaliti terjajah hanya meletakkan nilai kemajuan kepada pembinaan bangunan-bangunan besar.
“Kalau di luar negara, kita dapat lihat banyak bangunan warisan. Tapi warisan kita apa?
“Ini masalah kita. Mentalii masih dijajah,” kata Raja Kamarul Baharin, kini berjuang mempertahankan bangunan Pasar Payang di Kuala Terengganu.
http://www.keadilandaily.com/?p=54493