Menurut Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian, beliau mendapati majoriti pengundi kali pertama dan pengundi muda Melayu menyokong BN dalam PRU13, kerana pembangkang tidak melakukan banyak untuk meyakinkan golongan muda Melayu, masa depan mereka cerah bersama PAS, PKR dan DAP.
Corak pengundian pengundi muda dan pengundi kali pertama dikumpulkan oleh Merdeka Center sebagai sebahagian daripada kajian pilihan raya umum baru-baru ini.
Terdapat lima saluran mengundi dan setiap daripadanya mewakili kumpulan umur pengundi. Menurut badan tinjauan bebas itu, berdasarkan daftar pemilih digunakan semasa hari mengundi, terdapat lebih kurang 2.7 juta dan kebanyakan pengundi baru berada di kerusi campuran dan bandar.
Daripada lima saluran mengundi, kumpulan termuda adalah di bawah 30an dan 64.17% daripadanya terdiri daripada Melayu.
Peratusan keluar mengundi bagi semua kaum dalam kategori ini adalah 83.22%.
Daripada keseluruhannya, hanya 52.96% mengundi PR.
Tetapi pengundi lebih tua daripada kumpulan ini condong menyokong pembangkang. Dalam kumpulan umur 31-40 tahun, 54.25% menyokong PR.
Komposisi etnik dalam kumpulan ini adalah 53.12% Melayu, 29.28% Cina, 7.61% India dan 10% lain-lain.
Peratusan keluar mengundi hampir sama dengan kumpulan pengundi muda iaitu 83.47%.
“Pakatan Rakyat tidak mempunyai jalan lain tetapi mendekati Melayu, tangani ketakutan mereka mengenai kedudukan Melayu dan pada masa sama membentangkan pelan ekonomi yang komprehensif,” kata Ibrahim lapor The Malaysian Insider.
Oleh kerana pengundi muda di bawah 30an yang kebanyakkannya merupakan lepasan Sekolah dan juga IPTA serta IPTS telah mengundi Barisan Nasional..
Maka Kerajaan Barisan Nasional telah mengumumkan satu berita yang menggembirakan buat mereka semua..
Ini berita yang menggembirakan itu..
Peminjam PTPTN Kini Disenaraikan Dalam Rujukan Kredit Pangkalan Data Bank Negara
KUALA LUMPUR: Bermula bulan ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan bekerjasama dengan Bank Negara untuk menyenaraikan peminjam PTPTN dalam Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat (CCRIS).
Menurut Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, mereka yang belum lagi membuat pembayaran balik pinjaman dengan PTPTN akan berhadapan dengan kesukaran untuk memohon pinjaman.
Bagaimanapun, beliau berkata ini bukan satu perkara yang perlu dibimbangkan oleh para graduan.
"Sistem ini berkuatkuasa kepada mereka yang enggan membuat pembayaran balik pinjaman mereka," kata Idris pada sidang media selepas menghadiri jamuan Rumah Terbuka PTPTN di sini.
Beliau menambah mereka yang tidak dapat membuat pembayaran balik pinjaman boleh mengadakan perbincangan dengan PTPTN untuk mengemukakan satu jadual pembayaran balik yang baru.
Ini bagi membolehkan nama mereka tidak disenaraikan dalam pangkalan data CCRIS.
Mereka yang berjaya membuat pembayaran balik pinjaman mereka sekaligus sebelum 30 September ini akan menikmati diskaun sebanyak 20 peratus ~ mStar
Berikut adalah implikasinya PTPTN ke CCRIS oleh sebab aku yakin ramai pengundi muda yang membaca tentang laporan ini tertanya-tanya apa bendanya CCRIS tu..
Central Credit Reference Information Systems CCRIS atau dalam bahasa Melayu Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat merupakan satu pengkalan data bersama yang dkawal selia oleh Bank Negara.
Setiap intitusi kewangan (bank - bank)yang bernaung dibawah Bank Negara Malaysia akan menghantar maklumat semua peminjam mereka secara bulanan ke bank negara untuk dimasukkan ke pengkalan data ini iaitu CCRIS.
Maklumat - maklumat ini adalah seperti jenis pinjaman, jumlah pinjaman, jumlah ansuran bulan dan pembayaran balik pinjaman.
Maklumat ini sentiasa dikemaskini oleh bank negara berdasarkan laporan dari bank - bank dibawahnya.
Tujuan CCRIS Tujuan CCRIS adalah untuk memudahkan intitusi kewangan membuat semakan tentang komitmen kewangan seseorang yang ingin membuat pinjaman dari mana - mana bank.
Dan berdasarkan maklumat yang diperolehi dari CCRIS tersebut membolehkan pihak bank membuat pertimbangan samaada untuk meluluskan permohonan pinjman seseorang itu atau tidak.
Contoh; Najib telah memiliki kad kredit dari Maybank dengan jumlah bayaran minimum setiap bulan RM400.00. Dalam masa yang sama, Ahmad juga ada membeli kereta dan pinjaman kereta tersebut dari Public Bank dengan jumlah ansuran bulan RM750.00 sebulan.
Ini bermaksud Najib telah mempunyai hutang dengan dua buah intitusi kewangan iaitu dari Maybank untuk kad kredit dan Public Bank untuk pinjaman kereta.
Kedua - dua maklumat serta rekod bayaran balik berkenaan hutang Najib ini, iaitu dari pihak Maybank dan Public Bank akan menghantarnya ke bank negara bagi dimasukan ke dalam sistem CCRIS ini secara bulanan.
Selang beberapa tempoh Najib ingin memohon pinjaman peribadi dari Ambank pula.
Apabila Najib mengemukan permohonan untuk melakukan pinjaman perumahan atau peribadi, perkara pertama yang akan dibuat oleh kakitangan pihak bank ialah menyemak status kredit atau komitmen kewangan Ahmad didalam sistem CCRIS.
Ini bermakna maklumat kredit Najib bukanlah rahsia bagi setiap bank. Walapun Najib mempunyai hutang dengan Maybank, pihak Ambank juga boleh mengetahuinya dengan merujuk kepada sistem CCRIS ini yang telah dipusatkan di bank negara.
Jika pihak Ambank mendapati jumlah pinjaman atau hutang semasa Najib adalah seimbang dengan kadar gaji dan rekod bayaran baliknya juga cantik iaitu tidak ada tertunggak atau kelewatan bayaran, pihak Ambank boleh mempertimbangkan untuk meluluskan pinjaman perumahan atau peribadi yang dipohon Najib bergantung pada jumlah yang dipohon.
Tetapi, jika selepas semakan dengan sistem CCRIS oleh pihak Ambank mendapati rekod bayaran balik hutang kad kredit Najib dengan Maybank telah tertunggak selama 2 bulan, pihak Ambank (dan juga bank-bank lain) akan serta merta menolak permohonan pinjaman beliau.
Begitu juga jika kes ini berlaku pada hutang kereta beliau. Apa yang perlu dilakukan Najib ialah, beliau perlu menjelaskan segera hutang - hutang tertunggak tersebut dan selepas 3 bulan baru beliau boleh mengemukakan permohonan baru.
Ini kerana selalunya, tempoh 3 bulan diambil bagi membersihkan rekod tertunggak di dalam sistem CRRIS.
Ada juga kes yang mengambil masa berbulan - bulan bagi membersihkan "bad record" tersebut.
Pengumuman Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia Dato Indris Jusoh untuk menggunapakai sistem yang sama seperti yang disebut diatas terhadap peminjam - peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional PTPTN membawa maksud peminjam PTPTN akan berhadapan situasi yang sama seperti "Najib".
Cuma bezanya Najib sedikit beruntung kerana sudah memiliki kad kredit dan kereta. Jika permohonan Najib ditolak kerana adanya tunggakan hutang, beliau cuma perlu menjelaskan segera tunggakkan tersebut yang mungkin seribu atau dua ringgit.
Najib juga mungkin sudah mempunyai pekerjaan tetap dan begaji selesa. Berbeza dengan rata-rata peminjan PTPTN yang mengambil masa setahun lebih untuk mendapatkan pekerjaan dan selepas itu mengambil masa tiga atau empat tahun untuk mendapat pekerjaan yang tetap dan stabil.
Secara kasarnya boleh dikatakan hutang tertunggak seseorang mahasiswa itu dengan PTPTN sudah 3 tahun (tidak temasuk bunga).
Cuba bayangkan jumlah yang perlu diselesaikan segera oleh mahasiswa tersebut jika dia mahu membuat pinjaman untuk membeli kereta Myvi untuk kegunaan harian ke tempat kerja.
Itulah.. Pakatan Rakyat nak hapuskan PTPTN majoriti korang nak sokong BN..
Sekarang.. nasi dah jadi bubur nasi.. bubur nasi dah jadi tahi.. jadi korang bayar sajalah..