Wednesday 21 August 2013

Pengkritik Perdana Menteri boleh disiasat bawah Akta Hasutan?


Suren lagi







KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Peguam N Surendran berkata, siasatan tehadap Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah membuktikan tiada siapa boleh mengkritik atau mempersoalkan Perdana Menteri.


“Izzah disiasat kerana ucapannya mengkritik serta mempersoalkan kemungkinan penglibatan Perdana Menteri dalam rasuah kapal selam.
“Maknanya jika sesiapa mempersoalkan Perdana Menteri, akan disiasat bawah Akta Hasutan,” kata peguam N Surendran.
Manakala soalan dikemukakan pegawai penyiasat seolah mengaitkannya Nuru Izzah untuk disiasat di bawah Akta Hasutan.
“Polis bertanya dua soalan kepada Izzah; Adakah kamu memberi ucapan mengenai kes Altantuya dan kapal selam Scorpene?
“Dan; adakah kamu menghasut mereka yang hadir dalam majlis tersebut?, soal Surendran.
skandal scorpene najibKata Surendran, Akta Hasutan digunakan untuk mendiamkan ahli politik dan menyekat maklumat kepada orang ramai.
“Jelas polis cuba mengheret Izzah di bawah Akta Hasutan.
“Tindakan ini bertujuan menutup isu tersebut daripada diperkatakan sesiapa,” ujar Surendran.

http://www.keadilandaily.com/?p=54906