KUCHING: Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering kali membawa pihak luar untuk campur tangan dalam perjalanan politik negara jelas membuktikan beliau tidak layak mentadbir negara, kata Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Beliau berkata apa yang dilakukan ketua pembangkang itu sudah melampau dan tidak menggambarkan ciri sebenar rakyat Malaysia yang cintakan negara.
Beliau berkata apa yang dilakukan ketua pembangkang itu sudah melampau dan tidak menggambarkan ciri sebenar rakyat Malaysia yang cintakan negara.
"Dia tidak layak tadbir negara (Malaysia), tindakan dia yang dilihat terlalu bergantung kepada nasihat orang luar, pentingkan penyokong-penyokong di luar negara, membawa NGO luar untuk campur tangan dalam politik negara, jelas tindakannya itu tidak baik untuk Malaysia dan Sarawak amnya," katanya ketika berucap merasmikan dewan serbaguna baharu Kampung Lintang, Petra Jaya berharga RM1 juta dekat sini hari ini.
Taib berkata rakyat yang cintakan negara tidak akan memburukkan negara sendiri, namun sebaliknya berlaku kepada pemimpin pembangkang itu.
"Kita tidak mahu dipengaruhi pihak luar lagi, kita tidak mahu terus bersama satu golongan yang bawa orang luar, dan cuba cetuskan kekecohan ala 'Arab Spring', itu semua kita tidak mahu. Kita mahu negeri maju, dan rakyat mahu kerajaan yang telah bawa banyak kemajuan," katanya.
Taib berkata politik diamalkan pembangkang dengan terus-menerus membawa orang luar, nyata berbeza daripada politik yang diamalkan Barisan Nasional (BN).
"Ini bukti perbezaan politik BN berbanding pembangkang, kita (BN) tidak burukkan negara sendiri, atau timbulkan isu seperti hutan di Sarawak sudah gondol sedangkan fakta tersebut tidak betul.
"Jika dibandingkan ketua pembangkang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pula, saya lebih percaya Perdana Menteri akan bawa kemajuan kepada Malaysia kerana beliau telah mendapat didikan terbaik dalam soal membawa pembangunan kepada negara ini," katanya. - BERNAMA .