Thursday 28 March 2013

SPR buang rekod Papagomo, bukti pengundi hantu


KEADILAN hari ini mengesan rekod Papagomo dibuang dari daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), susulan pendedahan bahawa blogger Umno itu merupakan pengundi hantu.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, semakan pihaknya mendapati rekod Wan Muhammad Azri Wan Deris, kad pengenalan (polis) RF142863 telah dibuang dan tiada dalam daftar SPR.

Ini mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris @ Papagomo adalah individu yang sama dan telah didaftarkan sebagai pengundi hantu, oleh sebab itulah rekodnya dibuang dari senarai undi pos,” kata Rafizi dalam kenyataan media.

Semalam Rafizi mendedahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo yang terkenal sebagai bloger pemfitnah seks mempunyai dua rekod daftar pemilih.

Satu adalah sebagai pengundi pos mengguna kad pengenalan polis RF142863 dan satu lagi sebagai pengundi biasa dengan nombor kad pengenalan 830121-03-5019. Bagaimanapun hari ini katanya, rekod blogger umno itu sebagai pengundi pos telah dipadamkan.

Sementara itu, beliau berkata, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff mengakui wujud pengundi hantu di dalam daftar pengundi seperti dilapor portal The malaysian Insider hari ini.

Bagaimanapun katanya, alasan bahawa SPR tidak dimaklumkan mengenai rekod perkhidmatan anggota keselamatan yang telah meninggalkan perkhidmatan tidak boleh diterima, dan ia seolah-olah cuba menyalahkan PDRM.

Beliau mencadangkan agar SPR menubuh satu pasukan untuk duduk semeja dengan PDRM dan meneliti rekod setiap pengundi yang didaftarkan di bawah kad pengenalan polis dan tentera.

“Satu senarai lengkap bekas anggota keselamatan yang didaftarkan secara berganda hendaklah disiapkan secepat mungkin, bilangannya diumumkan kepada rakyat dan nama-nama mereka dikeluarkan serta merta dari daftar pengundi.

Sekiranya SPR masih berdolak dalih dari melaksanakan perkara yang mudah ini, sudah tentu spekulasi dan tuduhan bahawa SPR tidak telus semakin menebal di kalangan rakyat.

Keadilandaily