Friday, 29 March 2013

Papagomo fitnah saya – Amin Iskandar




KUALA LUMPUR: Seorang kolumnis media, Amin Iskandar membuat laporan terhadap blogger Umno, PapaGomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri bin Wan Deris di Balai Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur hari ini.


Dalam laporan polisnya, Amin berkata, PapaGomo dalam blognya menuduh beliau kononnya dicabul Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan kenyataan itu adalah fitnah.
“Saya difitnah oleh penulis blog tersebut yang menuduh saya dicabul oleh Anwar Ibrahim dan blog tersebut telah memaparkan sebuah gambar saya dan sebuah gambar yang bukan saya.
“Saya membuat laporan Polis ini kerana kandungan artikel tersebut adalah tidak benar dan saya telah difitnah oleh penulis blog tersebut sehingga menjatuhkan nama baik saya,” laporan polis itu dipetik.
Peguam beliau, Puspawati Rosman, anggota Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan beberapa aktivis rakyat turut hadir memberi sokongan terhadap Amin.
Sehubungan itu, Amin berharap Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) segera bertindak atas laporan polis yang dibuatnya itu.
“Diharapkan agar laporan Polis yang akan disusuli tindakan undang-undang selepas ini dapat membantu usaha membersihkan dunia penulisan blog dari unsur-unsur fitnah, lucah dan berniat jahat untuk memburuk-burukan sesetengah pihak.
“Kita juga berharap selepas ini, penulis-penulis blog akan mengamalkan budaya perdebatan sihat dengan nilai-nilai intelektual murni,” tegasnya.
Sementara itu, Puspawati berkata, laporan polis ini adalah langkah pertama anak guamnya selain mendesak PapaGomo segera meminta maaf secara terbuka terhadap Amin.

Sumber Keadilan Daily