Berikut disertakan butiran lanjut mengenai sumber dan laman yang menyabitkan Papagomo dengan Wan Muhammad Azri Wan Deris.
1. Menurut blog Papagomo, dia bersama wartawan Bernama dan TV3 telah sertai pelayaran Scorpene. Papagomo telah meletakkan beberapa gambar sebagai bukti pelayaran tersebut pada posting bertarikh 16 Disember 2011 [1]Berdasarkan gambar-gambar tersebut, terdapat beberapa ciri yang mengaitkan Papagomo sebagai Wan Muhammad Azri walaupun mukanya dihitamkan: (a) bentuk muka (b) susuk badan yang gempal (c) gelang silver yang dipakai di pergelangan tangan kanan.
2. Carian online menjumpai blog yang dimiliki oleh seorang wanita bernama Bellina Blaze (atau Bellina Chin) yang (pernah) mempunyai kaitan dengan Wan Muhammad Azri [2]. Berdasarkan posting blog [3]& [4], Bellina berniaga menjual barang perhiasan (terutamanya gelang-gelang tangan) sekitar tahun 2008-2009. Tempat perniagaan yang disenaraikan ialah 48-1, Jalan 2/23A, Taman Danau Kota iaitu terletak kira-kira 1.4km dari Villa Danau Apartment, kediaman Wan Muhammad Azri.
3. Juga disenaraikan di blog Bellina adalah akaun Maybank milik Wan Muhammad Azri Bin Wan Idris dengan nombor akaun 162384749602.
4. Carian lebih lanjut menemukan laman Picasaweb milik Bellina yang turut memuat naik gambar Wan Muhammad Azri yang mempunyai ciri-ciri Papagomo seperti yang disenaraikan di atas. Koleksi gambar Wan Muhammad Azri bersama pimpinan-pimpinan Umno (termasuk Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Zambry) turut ditemui [5]
5. Posting-posting di laman Youtube Bellina menunjukkan beliau telah berpisah dengan Wan Muhammad Azri. Amat malang video terbaru [6] menunjukkan kekerasan Wan Muhammad Azri terhadap Bellina dan anak-anak mereka yang turut mendapat perhatian warga online yang mengutuk tindakan biadap Wan Muhammad Azri @Papagomo.
Sumber Keadilan Daily