Sunday, 31 March 2013

Mat Said gagal Tapisan SPRM?



SPRM mencadangkan antara senarai nama yang tidak layak dicalonkan dalam PRU 13 kerana tidak lulus dalam saringan dan tapisan SPRM yang bermasalah dengan undang-undang antaranya adalah seorang Menteri Besar, Seorang Ketua Menteri dan dua pemimpin utama parti yang bertaraf Menteri.

Persoalan kenapa SPRM tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka... kita semua tahu bahawa kekebalan mereka semasa mereka ditampuk kekuasaan. Apabila tiada kuasa maka jadilah macam Khir Toyo. Walaupun fail sudah ada atas meja tetapi demi maruah dan kuasa politik yang ada dan tidak mahu menjejaskan parti pemerintah maka fail itu dibekukan.

Tetapi kita sedia maklum bahawa dalam politik umno-BN ini sendiri sudah masyhur tentang politik dalaman mereka. Perbalahan dan perebutan kepimpinan dan kuasa sudah merupakan lumrah bahkan ianya tidak terubat lagi. Masing-masing sebenarnya tidak bersih dan ada salah laku masing-masing tetapi dahan manakah mereka berpaut? Sekarang ini dahan Najib maupun Mahathir mungkin akan naik tinggi.

Apatah lagi tarikh PRU semakin hampir. Bukan hanya ribut untuk merebut kuasa diperingat Majlis Tertinggi, Pemuda maupun Wanita, Negeri dan Ketua Bahagian bahkan kini siapakah bakal menjadi pilihan sebagai winnable candidate? Semua atas tangan Najib. Mana-mana yang tak sebulu... sekaranglah masanya untuk dicantas awal-awal. Mana-mana yang nak lekat... besar manakah cable yg sampai ke Najib akan diambil kira. Mereka terpaksa ikut membuntut punggung Najib & Rosmah sehingga ke Gaza & Palestine. Ibrahim Ali bukan sekadar menyalak saje bahkan mencium tangan Rosmah dalam satu majlis rasmi demi kerusi Pasir Mas!!! Boleh tak boleh itu belum tentu lagi.

Bagi Terengganu.. sejak Mat Said menunjukkan gedebe beliau merampas kuasa dari Derih Jusoh ianya amat menconteng arang ke muka Umno-BN. Umno Pusat terpaksa gigit jari dan terpaksa mengalah dengan kerenah Ahmad Said. Kejayaan Mat Said bersembunyi dan mengangkat sumpah menyebabkan BPR yang mencari beliau tidak boleh berbuat apa-apa. Meskipun fail rasuah dan penyelewengan sudah siap. Tetapi sebagai MB mereka terpaksa menahan diri dari mengambil tindakan.

Hari ini kuasa sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri dan kewangan yang dipegang oleh Mat Said sendiri menyebabkan seolah-olah Umno Pusat tidak boleh buat apa-apa. Bahkan boleh digertak dan diugut oleh Mat Said supaya mengekalkan beliau sebagai calon Kijal diperingkat Dun. Cubaan untuk mengalihkan beliau sebagai calon Parlimen nampaknya gagal. Bahkan jika kekal calon Mat said nescaya semua senarai calon-calon yang bersekongkol dengan beliau khususnya golongan lama dan veteran akan mendapat tempat. Tetapi jika sekiranya gugur nama Mat said daripada menjadi calon maka berguguranlah team Mat said dan tentera Idris Jusoh bakal membarisi calon-calon di Terengganu.

Penulis sendiri mendapat maklumat dari dalaman dan kepimpinan Umno sendiri bahawa cara yang terakhir yang akan dilakukan untuk menyekat Mat Said ini adalah dengan menimbulkan isu rasuah yang membabitkan beliau yang terbukti SPRM ada kes untuk menghalang beliau dicalonkan. Penulis sendiri tidak yakin dengan maklumat tersebut tetapi apabila hari ini pecah berita bahawa ada MB yang tidak lulus saringan SPRM... maka berita ini ada kebenarannya. Tersenyumlah Team derih nampaknya untuk membalas dendam terhadap Mat Said yang merupakan perancang strategi Umno Pusat. Sekarang kita bakal melihat bagaimana pula langkah tari dan silat Mat said pula.

Isu SPRM yang membelenggu Mat Said antaranya pernah diselongakr TV3 sendiri dikemuncak kemelut MB Terengganu pada 22 Mac 2008 dengan isu Projek Roler Coaster di kemaman pada tahun 1995, Projek pembinaan Dewan seri amar di kemaman pada tahun 2007, Projek mercu tanda Kemaman 2005 dan Projek menambun tanah Kijal. Itu belum cerita selepas belia memerintah yang banyak terdedah ketirisan dan kebocoran.

Kita tahu dalam Umno ni rasuah ibarat Kentut & Tahi aje dengan Umno. Tetapi inilah masanya. Inilah caranya untuk mencantas karier politik Mat Said. Apapun bagi penulis... takkan nak biar saje. Menda dalam tangan takkan nak serah saje. Kan Mat Said ni gedebe Umno-BN. Rasenya tak semudah itu untuk pereboh Mat Said. Kalau ada nasib sekali lagi jadi MB. Kalau tak pun boleh rase Ketua Pembangkang tapi tersalah buat... calon pun dok lekat.

untuk Ketua Menteri Sabah tu... Musa tu macam dah tak aman lagi dah...
Sumber