Jikalau pemilihan Presiden Amerika sebelum ini, cukup meriah. Masing-masing, baik daripada kalangan penyokong parti Republikan & juga Parti Demokrat berpuas hati apabila diberikan ruang dan tempat yang hampir 99% samarata termasuklah siaran langsung di televisyen yang dapat ditonton beratus juta rakyat Amerika.
Termasuklah berlangsungnya pertembungan debat antara Barack Obama dengan Matt Romney. Kalah menang adat permainan dalam politik asalkan bertanding dan berlawan di atas padang yang sama rata di mana demokrasi yang dilaungkan terbukti berjalan dengan lancar. Bagaimana dengan Malaysia?
Begitu juga, suasana sebenar semasa berlangsungnya Pilihanraya di Britain. Jikalau kita meletakkan sasaran untuk menjadi negara maju dan moden pada tahun 2020, pemikiran kita berpolitik juga haruslah berada pada paras yang sepatutnya.
ungkin Berita Semasa meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap Malaysia jika mahu dibandingkan dengan Britain & Amerika yang dikategorikan sebagai negara yang bebas daripada sudut kebebasan medianya.
Jadi, kami cuba melihat negara Kenya pula. Kenya? Ya…sebuah negara yang agak mundur di benua Afrika jikalau dibandingkan dengan Malaysia. Bezanya, merekaberani mengadakan debat antara calon Presiden semasa berlangsungnya Pilihanraya di Kenya yang disiarkan secara langsung. Bagaimana pula dengan Malaysia yang terkenal dengan sistem demokrasi raja berperlembagaan?
Sumber Berita Semasa