Kata Perdana Menteri semasa membentang Bajet 2014, tahun 2013 akan menyaksikan perkembangan ekonomi sebanyak 4.5 hingga 5 peratus. Manakala KDNK negara pada 2014 dijangka oleh Perdana Menteri sebanyak RM34,126 berbanding tahun 2009 hanya RM24,879.
Ada beberapa fakta lagi dinyatakan oleh Perdana Menteri untuk menunjukkan betapa makmurnya negara di bawah seliaan Umno dan BN. Melihat kepada muqaddimah teks ucapan Bajet 2014 menyebabkan rakyat seperti saya bertanya.
Apa rasionalnya segala subsidi dikurang atau dihapuskan? Apa rasional GST dilaksanakan? Dan apa pula rasionalnya rakyat digesa berjimat cermat?
Apa guna cakap besar dalam bajet sedangkan subsidi ditarik juga. Kerajaan tidak pula mendedahkan berapa hutang negara dan hutang isi rumah yang ditanggung rakyat.
Hanya dalam perenggan ke-18 sahaja Perdana Menteri mengakui negara turut menerima tempiasan pengucupan ekonomi walaupun kemudiannya bercakap besar kembali mengatakan ekonomi negara terus mapan.
Kelihatannya kerajaan menjadi peka secara mendadak terhadap kesihatan rakyat walaupun tatkala berhadapan dengan rangkaian makanan segera yang juga memudaratkan, kerajaan menjadi lemah kerana mereka adalah syarikat gergasi yang boleh membaham kerajaan kita tambah-tambah menjelang termeterainya TTPA kelak.
Lebih menarik janji Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan pengurangan subsidi gula berjumlah RM442 juta tahun ini akan dibelanjakan untuk bidang kesihatan kepada rakyat. Jadi beliau mulai menabur janji dengan melupakan tindakan rakyat yang mencatat dan menyimpan dokumen kenyataan media beliau.
Beliau berkata misalnya dalam kaedah perbelanjaan kerajaan pada tahun hadapan, kerajaan akan bina 50 klinik 1Malaysia, 30 klinik desa dan (melatih) 6,800 jururawat yang baru. Ini adalah janji umum. Menabur janji tanpa ada blue print atau kertas kerja yang baik.
Perdana Menteri juga mengingatkan rakyat agar berjimat cermat sejurus kerajaan mengisytihar pengurangan subsidi gula, perlaksanaan GST dan kenaikan harga minyak sedangkan kerajaan dan BN berleluasa menghabiskan wang negara.
Berdasarkan jawapan di Parlimen, bil utiliti di kediaman rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Kompleks Seri Perdana mencecah lebih RM2.5 juta untuk tahun 2012. Daripada jumlah itu, RM2,237788.13 adalah untuk pembayaran bil elektrik dan baki RM311, 174.25 untuk bayaran bil air.
Lebih menyedihkan penyokong Umno BN cukup buta dan tuli untuk menilai tindakan memotong subsidi oleh kerajaan yang didukungi parti kesayangan mereka tetapi pada masa sama kerajaan bijak ini juga membiarkan pembaziran bernilai RM6.5 bilion seperti didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012. Adakah akses inernet tidak mampu memberi kefahaman kepada para penyokong ini semua?
Kerajaan kesayangan mereka juga membelanjakan RM28.8 juta sebagai kos sewa tahunan pesawat Perdana Menteri dan RM5.5 juta untuk menyelenggara pesawat jet VVIP tersebut serta menanggung kos RM44.02 juta untuk membiayai kos lawatan luar negara Perdana Menteri sejak 2008.
Bayangkan hanya RM78.32 juta dibelanjakan untuk seorang makhluk sahaja sedangkan RM442 juta adalah untuk 28 juta rakyat Malaysia! Jika dikira sekitar RM16 setahun sahaja untuk seorang rakyat.
Rakyat terpaksa bayar kos akibat rasuah, pembaziran, tiada kawalan dalam pembelian dan lemah dalam kawalan logistik dan pembekalan agensi kerajaan. Laporan Ketua Audit Negara wajar dicetak dan diedar ke kedai-kedai kopi yang dikunjungi penyokong Umno BN agar mereka kembali cerdik.