Monday 4 November 2013

Terkini keputusan rasmi PRK DUN N.20 Sungai Limau Kedah: 4 November 2013

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau menyaksikan pertembungan antara Dr. Ahmad Sohaimi Lazim mewakili parti Barisan Nasional (BN) dan calon Parti Islam Semalaysia (PAS) adalah Mohd Azam Samat
gambar calon prk dun sg limau kedah 2013 terkini keputusan rasmi prk dun sg limau 4 november 2013

Mengenai dua individu yang dicalonkan ini, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim berusia 52 tahun yang juga bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Manakala Mohd Azam Samat berumur 37 tahun adalah Ketua Pemuda PAS Jerai, juga Pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam Kedah, cucu kepada ‘tiga ulama besar Kedah
Tiga ulama yang dimaksudkan ialah datuk Mohd Azam, Abdul Hamid Ibrahim yang dikenali sebagai Pak Mid Bukit Besar, serta dua adik Abdul Hamid, iaitu Tuan Guru Haji Aziz Pendang dan Tuan Guru Haji Abdul Razak atau Haji Daq
Menurut laporan yang disiarkan oleh media arus perdana, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau akan dapat diumumkan kira-kira pukul 9 malam, Isnin
Berikut adalah keputusan rasmi  di PRK DUN N.20 Sg Limau Kedah yang akan dikemaskini kelak
CalonJumlah Undi
results pru 13 pas terkini keputusan rasmi prk dun sg limau 4 november 2013Mohd Azam Samat
 
12,069
results pru 13 bn terkini keputusan rasmi prk dun sg limau 4 november 2013Dr. Ahmad Sohaimi Lazim
 
10,985
 
Jumlah Pengundi =  | Jumlah Undi = | Peratus Mengundi =  | Undi Rosak =
 
PemenangMajoriti
PAS1,084
Sebagai makluman, pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian bekas Menteri Besar Kedah daripada PAS, Tan Sri Azizan Abdul Razak, yang merupakan penyandang kerusi itu sejak pilihan raya umum 2004

Sumber