Saturday, 9 November 2013

Kufur sokong tuntutan iktiraf lesbian, gay


Kufur sokong tuntutan iktiraf lesbian, gay
Kuala Lumpur: Seorang ahli akademik menyifatkan orang Islam, yang menyokong tuntutan persamaan hak dan pengiktirafan pengamal lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebagai menjurus kepada kekufuran.

Prof Tan Sri Dr Kamal Hassan berkata, tuntutan itu hanya berlandaskan kepada pemikiran semata-mata dan bukannya bersandarkan kepada al-Quran.       Profesor Pengajian Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkata tindakan itu juga menunjukkan golongan tidak berpegang kepada agama dan hanya berlandaskan kepada pemikiran iaitu akal yang bebas daripada wahyu.      

“Ini adalah penyelewengan, kesalahan dan perbuatan kufur yang besar. Kalau orang Islam menolak al-Quran sebagai pegangan hidup, maka ia menjurus kepada kekufuran.

Wajib tolak

“Umat Islam wajib menolak tuntutan bercanggah dengan al-Quran dan sunnah,” katanya kepada pemberita pada Seminar Memperkasakan Pengajian Ilmu Al-Quran di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya di sini, semalam.

Beliau mengulas tuntutan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (COMANGO) di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang antara lain, menuntut murtad sebagai kebebasan beragama dengan menafikan bidang kuasa Mahkamah Syariah, menghapuskan undang-undang jenayah syariah dan mengiktiraf LGBT di negara ini.
Bulan lalu, Malaysia dinilai prestasi hak asasi manusia melalui Semakan Berkala Sejagat (UPR) yang kedua di Geneva, Switzerland, apabila COMANGO membawa beberapa tuntutannya melalui proses berkenaan.

Tuntutan itu ditentang ramai pihak yang menyifatkannya sebagai cubaan mencabar kedaulatan negara dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi di negara ini.

Kamal berkata, pengiktirafan LGBT misalnya melalui perkahwinan sejenis berlaku di negara barat, bagaimanapun itu jelas bertentangan ajaran Islam.

Beliau menegaskan masyarakat perlu kembali berpegang kepada al-Quran sebagai al-Furqan iaitu kayu ukur yang membezakan antara perkara yang hak dan batil.

Berita Hairan


P/S: BGO tertanya Tanya, Prof Tan Sri Dr Kamal Hassan tak mau komen ka pasai anak2 menteri punya perangai?? Takmau komen ka pasai perbelanjaan boros pemimpin Negara?? Hehe