Friday 29 November 2013

Sapa pengkhianat sebenar negara ???


KUALA LUMPUR 25 Nov: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu berfikir sebelum  menuduh individu yang tidak mahu membayar cukai sebagai pengkhianat negara, tegas Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Ini kerana sikap boros berbelanja dan ketirisan kerajaan sendiri menjadi punca rakyat membantah pelaksanaan cukai seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
“Najib terdesak mahu tambah pendapatan negara yang semakin teruk menangung hutang kini salahkan rakyat pula.
“Rakyat tak mahu bayar cukai kalau akhirnya wang tersebut dibelanjakan untuk perkara lain yang tidak sepatutnya seperti membiarkan isteri menteri guna pesawat peribadi,” tegas Shamsul lagi.
Ahli Parlimen Bukit Katil itu juga mengingatkan bahawa sebenarnya pengkhianat paling besar dalam negara ialah mereka yang boros menggunakan wang rakyat seolah-olah harta negara ini milik mereka.
Najib hari ini dilapor berkata mereka yang mengelak daripada membayar cukai boleh dianggap melakukan pengkhianatan kepada negara.
Ini kerana, katanya kewajipan membayar cukai merupakan satu daripada semangat patriotisme terhadap negara.
“Definisi patriotisme dalam negara kita ialah apabila kita melunaskan tanggungjawab kepada negara untuk kebaikan negara dan rakyat,” katanya dipetik.
sumber

P/S: Sapa yang tak bayaq cukai??? Semua orang bayaq..cukai pintu pun cukai..ni semua fatwa2 nak halalkan GST..terima kasih diucapkan kepada pengundi BN..anda terbaikkkkkkkkkkk