Friday, 8 November 2013

LGE GUNA KERETA RASMI TOYOTA BERNILAI RM1.0 JUTA? MINTAK /UMNO PERKASA BANTAH


Toyota camry kereta rasmi ketua menteri....yang baru....


Foto Wong Kah Loke.

Sebelum ini LGE  guna kereta S-class dari zaman Gerakan memerintah
Harganya kalau dinilai dipasaran sekitar RM20,000


Pemimpin Pakatan P.Pinang mula menggunakan  Toyota Camry baru sebagai kereta rasmi.


Kerajaan negeri Pulau Pinang baru menerima beberapa buah kereta Toyota Camry berwarna hitam untuk digunakan oleh kakitangan pentadbiran negeri itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menerima kunci kereta berkenaan.
Ia berdasarkan sebuah video yang dimuatnaik di laman YouTube oleh saluran YouTube PenangBuletin menunjukkan penyerahan berkenaan.

Kereta-kereta itu antaranya dengan nombor pendaftaran PG 1, PP 1 dan juga PBF 1 sudah pasti bakal digunakan oleh ahli Exco kerajaan negeri pimpinan Lim.

Lim turut menyerahkan kunci-kunci kereta kepada kesemua anggota Exco negeri dalam majlis penyerahan itu.

Beliau bakal menggunakan kereta dengan nombor pendaftaran PG 1 dengan nama jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang tertera di hadapan kereta berkenaan.

Menurut Lim ketika menjawab soalan media, kereta Toyota Camry berkenaan bernilai RM113,500 setiap satu untuk semua 14 Exco negeri dan seorang Speaker menjadikannya 15 buah kesemuanya.

Beliau turut mendedahkan sebab penukaran kereta itu antaranya adalah kerana kos menyelenggara kereta lama adalah terlalu tinggi.
 
 
P/S:Bagi BGO memang kompom kalau hampa cek kos selenggara Mercedes s-class tudengan Toyota camry baru,baik lagi camry baru..ada jugak waranti.Ada sapa2 nk buat isu??? Heheh