Friday, 31 May 2013

Siasat hakim perkauman bawah Akta Hasutan, jangan berat sebelah



Nurul Izzah tak dibenar masuk Sabah




Thursday, 30 May 2013

Najib adalah yang terbaik



 

Luahan hati si kambing tentang ayam.


Menantu presiden PAS sudah bersuara. Kalau nak tau dalang kecelaruan kerusi Kota Damansara orangnya menantu presiden PAS. Zaharuddin Muhammad nama diberi. Din Ayam gelaran dari para ahli Rusila. Buat kerja sama macam Khairi buat kerja masa Pak Lah jadi PM dulu.

Din Ayam ini cakap PAS nak laksanakan Islam. Tp di kota damansara BN yang menang. Puncanya pecah undi. Kalau PAS tak masuk calon PKR akan menang besar. Dia buat alasan PSM itu sosialis. Dia cakap Sosialis itu tidak islam. Mungkin dia nak kata BN tu islam kot

Wednesday, 22 May 2013

Wan Muhammad Azri@Papagomo punya teloq naik ke dahi??





Papa Gomo

Monday, 20 May 2013

Menteri Besaq paling banyak portfolio di dunia.

Saturday, 18 May 2013

KJ rasuah dan penyeleweng??

Friday, 17 May 2013

Azmin Ali bernasib baik cuba belajar berlindung belakang Sultan





Dengan kekuatan jentera di peringkat cabang dan ditambah dengan kekuatan wang pelincir memang tak heran kalau Azmin akan berjaya dengan bergaya menang jawatan Presiden PKR yang baru.

mStar melaporkan: 
PETALING JAYA: Tiada tindakan akan dikenakan oleh Jawatankuasa Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap Timbalan Presidennya Mohamed Azmin Ali berhubung kritikan secara terbuka terhadap kepimpinan tertinggi parti itu baru-baru ini.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Saifuddin Nasution berkata isu tersebut telahpun diselesaikan di peringkat parti.

"Hal membabitkan Azmin kita anggap selesai kerana Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor.

"Jadi tidak timbul soal itu (tindakan disiplin). Hal yang dibangkitkan Azmin hanya membabitkan isu dalaman PKR," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat di sini, Selasa. - mStar.  

Thursday, 16 May 2013

War Room Najib hanya menghabiskan beras..


Tuesday, 14 May 2013

Senarai Menteri Kabinet Baru 2013


 

Sunday, 12 May 2013

Lepas dapat mandat haram, BN naikkan harga barang, petrol



cukainaik

KUALA LUMPUR 10 MEI: Pakatan Rakyat tidak menolak spekulasi harga barangan keperluan asas termasuk petrol akan naik dalam masa terdekat selepas PRU dan menambah beban ekonomi rakyat, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Chang Lih Kang.

Beliau berkata, kegagalan Malaysia mengawal kenaikan harga barang itu adalah kesan daripada kelemahan kerajaan Umno BN menambah pendapatan negara melalui aktiviti pelaburan dan perdagangan yang lebih baik di samping aktiviti ekonomi tidak bermoral seperti ketirisan dan rasuah yang gagal dibendung.

“Malaysia berhadapan dasar ekonomi yang gagal membendung masalah ketirisan sehingga menyebabkan perbendaharaan negara semakin menyusut dan angka hutang negara terus meningkat di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

“Akhirnya kerajaan Umno BN hanya cekap bertindak mencari pendapatan dengan mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan menaikkan harga barang keperluan asas yang dimulai dengan kenaikan harga petrol dan diesel,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja itu.

Katanya lagi, tindakan Umno BN menciplak dasar ekonomi yang digariskan dalam Manifesto Rakyat yang dilancarkan Pakatan Rakyat tetap gagal memulihkan ekonomi negara kerana Malaysia tidak berusaha membendung jenayah ekonomi dengan lebih tegas.

“Manifesto Rakyat bukan sahaja mampu menaikkan pendapatan negara dengan cara berhemah tetapi masalah ketirisan dan rasuah turut sama dibendung dan ini yang gagal difahami oleh Umno BN.
“Pakatan bukan bercakap soal ekonomi sahaja tetapi juga menekankan tatakelola yang sempurna bagi memberikan kesejahteraan kepada rakyat,” katanya.

Bagaimanapun, Lih Kang tidak menyalahkan rakyat kerana memberi sokongan kepada BN untuk kekal berkuasa kerana undi popular Pakatan lebih tinggi dan sepatutnya mendapat mandat memerintah.
“Saya tidak nampak rakyat yang bersalah kerana hakikatnya Pakatan yang menang berdasarkan undi popular. Isu sekarang ialah BN mendapat mandat secara haram, kemudian bebankan pula rakyat dengan menaikkan harga barang keperluan,” ujarnya.

keadilandaily/-

Kemenangan Dirompak



KUALA LUMPUR, 9 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru untuk menentang keputusan pilihan raya pada Ahad lalu yang mana dakwanya telah dirompak daripada rakyat Malaysia oleh kerajaan mereka.

Dalam mesej beremosinya hari ini, Ketua Umum PKR itu turut memuji ribuan penyokong mereka yang hadir dalam perhimpunan malam tadi walaupun cuaca hujan serta kesesakan jalan raya di Lembah Klang sebagai bantahan terhadap Barisan Nasional (BN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang katanya dipenuhi “penipuan untuk mengekalkan kuasa.”

Saturday, 11 May 2013

Mohd Rashid Hasnon TKM 1 Pulau Pinang



Sertai BN: DAP bukan gila jawatan - Guan Eng


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng secara tegas hari ini menyatakan pendirian parti itu menolak pelawaan untuk menyertai BN bagi menyertai kabinet mewakili orang Cina dalam kerajaan.


Menurut beliau, perjuangan DAP adalah untuk kepentingan rakyat bukan untuk jawatan mahupun kepentingan peribadi.

"DAP tidak mempunyai minat untuk menyertai BN bagi jawatan kerana jika kita mahu, kita boleh berbuat demikian ketika  40 tahun lepas.

"Walau bagaimanapun DAP enggan menyertai BN dan berpegang teguh kepada cita-cita kita, prinsip-prinsip dan dasar-dasar negara Malaysia yang lebih adil, bebas dan demokratik," katanya dalam satu kenyataan.

Pekan jadi Ibu Negeri Pahang???


KEAJAIBAN LUAR BIASA DI PEKAN PAHANG





PAS Pahang mencadangkan agar kerajaan mengisytiharkan Pekan sebagai sebuah bandaraya, kerana bilangan pengundi bagi Pekan jauh lebih besar berbanding ibu negeri Pahang, Kuantan. Atau lebih elok kalau ibu negeri Pahang dipindahkan ke Pekan memandangkan kepadatan penduduk di kawasan pekan meningkat secara mendadak .

Parlimen Pekan mempunyai jumlah pemilih seramai lebih 67 ribu sedangkan Kuantan yang menjadi ibu negeri hanya seramai 47 ribu sahaja. Pertambahan lebih 20 ibu pengundi mencerminkan kadar kelahiran mendadak berlaku di Pekan, mungkin kerana kesuburan makanan 1 Malaysia yang diperkenalkan PM.

::.Banyaklah infrasruktur bagunan-bagunan kerajaan dan serbaguna serta komiditi lain perlu dibina selaras taraf bandaraya....huhuuuu

sumbersumber


Friday, 10 May 2013

MENOLAK AUTA DENGAN FAKTA…


MENOLAK AUTA DENGAN FAKTA

 
sumber dari google

Wednesday, 8 May 2013

PRundingan untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan di Selangor sedang berjalan?




Kejayaan Pas menambah penguasaan kerusi dewan undangan negeri (DUN) Selangor daripada lapan kepada 15 pada pilihan raya umum ke-13 semalam, membuktikan peningkatan pengaruh mereka di negeri itu berbanding dua sekutunya.

Idris Haron dilantik baru Melaka MB



NONE

Lim Guan Eng angkat sumpah sebagai Ketua Menteri


   

Lim melafazkan sumpah memegang jawatan itu di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pada pukul 11.30 pagi. - Gambar The Malaysian Insider

Zambry angkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak



Azlan Man angkat sumpah MB baru Perlis


Tuesday, 7 May 2013

Najib bertanggungjawab dengan 'Apa lagi Cina mahu'


 

(Muka depan akhbar Umno, Utusan Malaysia hari ini)

Ahmad Yaakob angkat sumpah MB Kelantan



'Pakatan layak berada di Putrajaya'




 

Kenyataan Tsunami Cina Tidak Bertanggungjawab


KUALA LUMPUR:Bekas Exco Pemuda Umno, Tamrin Tun Ghafar(gambar)menyifatkan menggunakan istilah 'Chinese Tsunami' atau 'Tsunami Cina' adalah satu kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab terhadap masyarakat Cina oleh Datuk Seri Najib Razak.Beliau mengingatkan, kemenangan Umno/BN bukan sahaja dari sokongan orang-orang Melayu semata-mata ia juga disokong oleh ramai juga pengundi-pengundi kaum Cina dan India.

Monday, 6 May 2013

KEPUTUSAN PENUH PRU 13 : PARLIMEN & DUN (RASMI)


KEPUTUSAN PENUH PRU 13 : PARLIMEN & DUN (RASMI)

klik gambar

Kelantan Dapat MB Baru, Ke Mana Husam?

Oleh: MSO















Sunday, 5 May 2013

Keputusan Terkini Pilihanraya Umum Ke 13


Mesti ramai yang tertunggu-tunggu untuk mengetahui keputusan terkini pilihan raya umum (PRU13). Apapun sehingga pukul 10.00 malam, keputusan terkini PRU13 adalah seperti berikut:
Bagi parlimen, sebanyak 222 kerusi dipertandingkan dan sesuatu parti perlu menang sekurang-kurangnya sebanyak 112 kerusi bagi membentuk kerajaaan.

Anyway so far, Barisan Nasional telah mendahului dengan 25 kerusi setelah menang 23 kerusi di Sarawak, 1 Putrajaya dan 1 Labuan. Manakala Pakatan Rakyat pula mendapat 4 kerusi melalui DAP dengan kemenangan di Sarawak 3 manakala Kuala Lumpur 1.

Untuk maklumat lanjut jom SPR@Parlimen.

Untuk dewan undangan negeri (DUN) pula, DAP mendahului 3 kerusi di Pulau Pinang.

Untuk maklumat terkini, jom SPR@DUN.

Saturday, 4 May 2013

Muhyiddin seru Jihad Fisabilillah!!!




Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak rakyat Kelantan supaya berjihad dengan menolak PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kerana selama ini parti itu menyebabkan kemunduran kepada rakyat negeri ini.

Sayfool bersumpah laknat.



[HD] KUALA LUMPUR:Belumpun sampai 24 jam video sumpah laknat kedua Muhd Saiful Bukhari Azlan tersebar di internet, perbagai persoalan berhubung kesahihannya mula ditimbulkan.

Video sumpah yang berlatarbelakangkan suasana tawaf di Kaabah itu dipersoal sama ada benar atau hanya sekadar rakaman dalam studio menggunakan teknik 'Chroma Key' (latar belakang hijau).

Ini kerana, beberapa kecacatan dikesan pada video tersebut khususnya berkaitan beberapa subjek utama di sekitar Kaabah yang salah kedudukan dalam video tersebut.

Bagi masyarakat biasa yang tidak pernah sampai ke Mekah mungkin tidak dapat mengesan kejanggalan video tersebut, mamun bagi mereka yang pernah pergi menunaikan haji atau umrah, atau pembimbing orang mengerjakan haji dan umrah (mutawif), kesilapan jelas kelihatan.

Kejanggalan pertama yang ditimbulkan, adalah mustahil bagi Saiful untuk berdiri tegak di sisi kaabah dalam suasana orang sedang tawaf apa lagi berada berhampiran dengan Multazam.

Kejanggalan kedua pula, dipersoalkan kenapa ketika berada di Hijr Ismail, tiba-tiba timbul gambar Maqam Ibrahim di sebelah belakang dan kiri bahu Saiful.

"Kalau betul dia berdiri di hadapan Multazam, sepatutnya Maqam Ibrahim berada di sebelah kanan bahu si Saiful dan kamera pula di sebelah kiri bahu dia.

"Perhatikan betul-betul Maqam Ibrahim pula bergerak, mengesahkan lagi gambar super imposed, " kata seorang pengguna facebook yang juga seorang mutawif.

Selain itu turut dipersoalkan berhubung kualiti audio suara Saiful yang didakwa mustahil untuk mendapatkan audio sejelas itu dengan keadaan orang ramai sedang tawaf dan berzikir serta berdoa.

Ada juga yang mempersoal tentang imej seorang lelaki yang dikatakan seolah-olah bertindih dengan tubuh Saiful sedangkan beliau tidak bergerak.

"Adakah ini hanya video menggunakan skrin hijau macam filem Cicakman dan Merong Mahawangsa.

"Aku tak mahu tuduh sape yang buat video ini, tapi aku rasa ini satu penipuan," kata seorang lagi pengguna.



P/s: Saya sudah persoalkan hal ini semalam kerana jelas ada kejanggalan pada video tersebut. Oleh sebab saya bukan forensik visual atau seumpamanya, maka persoalan itu hanyalah persoalan semata-mata. Namun, bermula malam tadi sudah ada beberapa pihak yang membuat analisis termasuk yang disiarkan di atas.

Allah itu Maha Besar!