Friday, 17 May 2013

Azmin Ali bernasib baik cuba belajar berlindung belakang Sultan





Dengan kekuatan jentera di peringkat cabang dan ditambah dengan kekuatan wang pelincir memang tak heran kalau Azmin akan berjaya dengan bergaya menang jawatan Presiden PKR yang baru.

mStar melaporkan: 
PETALING JAYA: Tiada tindakan akan dikenakan oleh Jawatankuasa Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap Timbalan Presidennya Mohamed Azmin Ali berhubung kritikan secara terbuka terhadap kepimpinan tertinggi parti itu baru-baru ini.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Saifuddin Nasution berkata isu tersebut telahpun diselesaikan di peringkat parti.

"Hal membabitkan Azmin kita anggap selesai kerana Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor.

"Jadi tidak timbul soal itu (tindakan disiplin). Hal yang dibangkitkan Azmin hanya membabitkan isu dalaman PKR," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat di sini, Selasa. - mStar.  

Azmin memang bernasib baik pasai PKR takkan ambik tindakan disiplin kat dia walaupun dia terang-terang membelasah 'pemimpin suci' PKR dan juga belasah Presiden secara terbuka.

Tak mustahil jugak Saifuddin tak berani nak ambil tindakan pasai ada kemungkinan jugak lepas ni Azmin yang akan terpilih jadi Presiden PKR, itu pun kalau Anwar kotakan janji dia pasai sebelum PRU13 dulu Anwar pernah berjanji  nak bersara dari politik kalau PR gagal tawan Putrajaya.

Dengan kekuatan jentera di peringkat cabang dan ditambah dengan kekuatan wang pelincir memang tak heran kalau Azmin akan berjaya dengan bergaya menang jawatan Presiden PKR yang baru.

Berbali ke isu kemelut perlantikan Menteri Besar Selangor yang dah pun selesai dengan perlantikan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor untuk penggal ke dua, Anwar Ibrahim dalam perutusan tahniah dia melalui facebook mengepilkan sekeping gambar macam yang aku tampal kat atas tu yang takdak kelibat Azmin.

Azmin sebelum tu bertindak bijak cuba-cuba belajar berselindung dibelakang Sultan macam dilaporkan mStar:
PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Mohamed Azmin Ali berkata keputusan mengenai siapa yang akan menjadi Menteri Besar bergantung kepada Sultan Selangor dan beliau akan menghormati keputusan tersebut.

Walaupun Azmin mengkritik tindakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana menghantar senarai calon Menteri Besar kepada Istana Selangor tanpa mendapat persetujuan dan konsensus barisan kepimpinan PKR Selangor, Azmin berkata beliau akan menyokong sesiapa saja yang bakal dilantik.

"Apabila istana memutuskan, kita semua perlu menerima dan saya akan menyokong keputusan itu 100%, itu cara saya. - mStar.
Pasainya Azmin cukup sedar dalam PKR majoritinya masih berfikiran feudal, tak berani menderhaka sultan.


Sumber