Wednesday 8 May 2013

PRundingan untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan di Selangor sedang berjalan?




Kejayaan Pas menambah penguasaan kerusi dewan undangan negeri (DUN) Selangor daripada lapan kepada 15 pada pilihan raya umum ke-13 semalam, membuktikan peningkatan pengaruh mereka di negeri itu berbanding dua sekutunya.

Perkembangan itu juga membuka peluang kepada Pas untuk mengetuai kerajaan negeri Selangor yang pada penggal lalu diteraju PKR.

Berbanding Pas, PKR kali ini hanya menambah satu kerusi kepada 14, sementara DAP pula menang 15 berbanding 13 kerusi pada 2008.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata pakatan DAP-PKR-Pas di Selangor harus memberi peluang kepada Pas meneraju kerajaan negeri itu kali ini.

"PKR dah ada peluang lima tahun lepas, bagilah peluang kepada Pas. PKR kena berjiwa besar," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini. ~ Sinar Harian

Itu adalah kenyataan Hassan Ali yang jelas cuba memecahkan perpaduan antara PAS dan PKR..

Secara lojiknya jika mengikut apa yang dikatakan oleh Hassan Ali itu ialah oleh kerana Sarawak atau Sabah adalah penyumbang Kerusi Parlimen yang besar buat Barisan Nasional maka jawatan Perdana Menteri sepatutnya diserahkan kepada Ahli Parlimen yang datangnya dari negeri tersebut bukannya negeri Pahang..

Tapi ada seorang sahabat melaporkan bahawa ada kerajaan UG sedang dirancang di Selangor... baca apa yang dilaporkan oleh Faqar ini..

Orang dok kalut menyaksikan istiadat angkat sumpah menteri besar yang baru, beberapa pemimpin PAS malam tadi dikesan mengadakan mesyuarat tergempar di war room parti dekat Kuala Lumpur malam tadi.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dijadual angkat sumpah di Seri Mutiara - Kediaman TYT Pulau Pinang - pada 11 pagi ini.

Mukhriz selamat angkat sumpah malam tadi. Ahmad Yaakob pun selamat angkat sumpah di Kelantan malam tadi.

Tapi, macam ada tak kena juga apabila Tok Guru Nik Aziz umum lepas jawatan Menteri Besar dengan penuh dramatik.

Apabila tersebar khabar Datuk Husam Musa pun tersingkir dari Kerajaan Negeri Kelantan, memang macam ada yang tak kena.

Setakat malam tadi, Bernama lapor Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata pihaknya masih menunggu keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pelantikan menteri besar baharu negeri itu.

"Setakat ini saya tak mahu nak sebut sama ada muka baharu atau muka lama. Tunggu sedikit masa lagi," katanya dipetik dari Malaysiakini.com.

Selangorku.com pula malam tadi lapor, calon Menteri Besar Selangor akan diputuskan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat sebelum dikemukakan kepada DYMM Sultan Selangor untuk perkenan baginda. Pengerusi PR Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan itu akan dibuat dalam masa terdekat.

“Keputusan calon Menteri Besar akan diputuskan oleh kempimpinan tertinggi PR dan juga nama tersebut mesti diterima oleh DYMM Tuanku Sultan,” kata Abdul Khalid dalam sidang media di Dewan Perumahan Exco Negeri Selangor hari ini.

Ekoran itu, avatar di Facebook dikesan menggambarkan PAS cuba tuntut kerusi Menteri Besar Selangor daripada PKR, termasuk Khalid sendiri.

Kalau PAS di bawah Datuk Dr Hasan Mohd Ali, mungkin betul. Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani dan timbalannya Khalid Samad bukan begitu orangnya.

Kedua-dua pemimpin ini dikenali sebagai orang yang jaga perjanjian serta kuat bersama Pakatan Rakyat. Polemik siapa Menteri Besar Selangor akan tertangguh sampai seminggu, dikatakan, ekoran campur tangan pihak tertentu dari istana.

PAS dipujuk ambil jawatan Menteri Besar Selangor dengan syarat bergabung dengan Umno.

Di Terengganu juga begitu. Rundingan dengan Umno pun berlaku atas nama UG sekarang.

Itu, khabar yang sampai kepada saya sekarang. Kalau ya, PAS Terengganu akan mula pecah tradisi dengan tubuh Kerajaan Unity Governement Negeri pertama selepas PRU13 sebelum merebak ke negeri-negeri lain selain Pusat.

Sudah lama saya kata, fikrah UG tak akan musnah kalau ada pemimpin PAS cuba nak matikan idea itu ~ laporan sepenuhnya sila baca di ( SINI )
Dan ini pula SMS yang aku terima...
PAS sedang bermesyuarat di KL untuk menubuh Kerajaan Perpaduan sekarang. Dalam PAS yang membantah hanya Mahfuz dan Husam Musa.. Ni antara sebab TGNA meletak jawatan, akibat tekanan dalaman dan Husam tidak dilantik jadi EXCO Kelantan.. Md Sabu dah condong ke UG.. fikirkan lah...
Jadi.. fikir-fikirkan.. ini juga berkait rapat dengan keputusan PRU13 bagi Kerusi Parlimen Permatang Pauh..

sumber