KUALA LUMPUR, 9 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru untuk menentang keputusan pilihan raya pada Ahad lalu yang mana dakwanya telah dirompak daripada rakyat Malaysia oleh kerajaan mereka.
Dalam mesej beremosinya hari ini, Ketua Umum PKR itu turut memuji ribuan penyokong mereka yang hadir dalam perhimpunan malam tadi walaupun cuaca hujan serta kesesakan jalan raya di Lembah Klang sebagai bantahan terhadap Barisan Nasional (BN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang katanya dipenuhi “penipuan untuk mengekalkan kuasa.”
“Misi kami jelas. Kami akan terus mengadakan bantahan terhadap penipuan ini yang menafikan kejayaan rakyat.
“Saya memberi jaminan Pakatan Rakyat bersama anda. Kami akan terus bersama. Kami tidak akan pernah mengalah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kajian mendapati PKR, PAS, dan DAP memperolehi undi popular sebanya 51 peratus, berbanding BN yang memperolehi 46.5 peratus, menurut SPR, menjadikan kerajaan pemerintah sebagai minoriti kali kedua sejak Kemerdekaan pada 1957.
Parti Perikatan ketika itu juga membentuk kerajaan minoriti selepas pilihan raya pada 1969.
Lebih 50,000 penyokong PR berbagai bangsa, dan agama berhimpun di Stadium Kelana Jaya, Selangor malam tadi, memenuhi stadium dengan kapasiti 25,000, bersesak sehingga ke tengah stadium dan kawasan persekitarannya.
Mereka dilihat berpakaian hitam sebagai simbol “kematian demokrasi”, sebagai respon terhadap tindakan Anwar tidak mengendahkan arahan pihak berkuasa untuk tidak menyertai perhimpunan haram.
Calon perdana menteri PR itu menerima sambutan hangat penyokongnya ketika perhimpunan aman tersebut berlangsung, serta kelihatan turut menyanyikan Lagu Negaraku sebagai simbol perpaduan.
“Mereka kata kamu berhimpun kerana tidak dapat menerima kekalahan sedangkan mereka menang secara tidak sah.
“Ini satu penghinaan. Ia juga satu penipuan. Kebenarannya adalah kemenangan kamu telah dirompak. Bagaimana ini boleh diterima?
“Mereka yang tidak boleh menerima kekalahan dan terpaksa menipu untuk terus berkuasa,” kata Anwar.
Beliau turut memberi jaminan peserta “berada di pihak yang benar.”
The Malaysian Insider