Ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Idris Haron telah dilantik sebagai ketua menteri baru Melaka, menggantikan Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang telah mentadbir negeri itu selama 14 tahun.

Beliau mengangkat sumpah jawatan pagi ini di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob.
Idris (kanan), 46, yang merupakan ketua Umno bahagian Tangga 
Batu, memenangi kerusi DUN ADUN Sungai Udang dengan majoriti melebihi 9,000 undi.

Dilahirkan di Pekan Asahan, Jasin, beliau adalah seorang lulusan jurutera.
Beliau sebelum ini bekerja di Tenaga Nasional Bhd, dan bekas pengerusi Syarikat Perumahan Negara Bhd dan pernah menjadi timbalan menteri pengajian tinggi.

Mohd Ali kalah di kerusi Parlimen Bukit Katil di tangan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin dengan majoriti lebih 5,000 undi.

sumber