Malaysiakini melaporkan:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan diadakan pada 5 Mei manakala penamaan calon ditetapkan pada 20 April.
Ini diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam satu sidang akhbar hari ini.
Ini bermakna tempoh kempen PRU13 adalah selama 15 hari, yang bermula selepas proses penamaan calon dan berakhir pada tengah malam 4 Mei.
Manakala tarikh pengundian awal ditetapkan pada 30 April untuk anggota tentera dan pasangan, anggota polis dan pasangan; serta pengundi tidak hadir (pengundi di luar negara). - Sumber
Alhamdulillah BGO lafazkan bila SPR umumkan pilihanraya pada hari Ahad sebab majoriti orang cuti hari Ahad.Pasai apa tak buat hari Sabtu? Kalau Sabtu,yang cuti bukan lah majoriti.Tapi agak kesian kat geng2 kat Kedah dan Kelantan. Tapi sekali lagi,depa bukanlah majoriti.Jadi kita pegang pada majoriti sudah la...Ustaz Azizan tak mau bagi orang Kedah cuti umum kan?? Takpa,Pakatan Rakyat tetap akan menang di Kedah cuma bukan dia la yang jadi Menteri Besaq..heheh