Monday, 15 April 2013

Video Seks Nik Aziz. Satu Lagi Serangan Politik Lucah Menjelang Pilihanraya PRU Ke 13! Patutkah?

Video seks Nik Aziz : Dijangkakan lebih banyak cerita-cerita politik lucah seperti ini akan menghiasi kempen Pilihanraya Umum ke 13 kelak. Sebelum ini sudah ada kalangan blogger Malaysia yang kerapkali menjulang politik lucah di Malaysia mencanang bakal mengeluarkan video seks Nik Aziz Nik Mat di Mekah katanya tidak lama lagi. Sampai begitu sekali? Terkini….
 

LAGI VIDEO SEKS NIK AZIZ DIDEDAHKAN?


video lucah nik aziz

Sebab apa penyebaran video seks dan politik Malaysia semakin berleluasa. Kami tidak pasti apa sebabnya. Kena tanya sendiri dengan pihak polis. Yang pastinya politik lucah semakin berleluasa di Malaysia. Dan kami yakin jika tidak dibendung daripada sekarang, tidak lama lagi, dakwaan demi dakwaan video seks pemimpin politik termasuklah dakwaan video seks Nik Aziz akan menjadi perkara biasa dan siulan kalangan blogger blogger Malaysia yang acapkali memperjuangkan politik lucah di Malaysia.

Apa yang kami rasa jijik tindakan menyebarkan secara berleluasa video lucah kepada umum (KLIK SINI)? Apa mereka tidak fikir kesannya kepada masyarakat? Apakah mereka ini tidak ada sekelumit kerisauan kesan kepada anak-anak kecil mereka, masyarakat?

Jikalau di ruang lingkup Internet sekarang ini, semakin galak kalangan pengguna Internet berkongsi video demi video, gambar lucah demi gambar lucah di sana-sini, mengalahkan Cina Komunis yang mengharamkan laman web lucah, tetapi di Malaysia suka-suka hati berkongsi tanpa rasa bersalah.
Video Nik Aziz

Apa yang perhatikan sekarang ini, trend di mana dicampakkan video lucah atau gambar lucah yang didakwa membabitkan pemimpin politik  semata-mata untuk mewujudkan persepsi umum. Benar, ramai yang tidak suka kalangan yang tidak suka termasuklah kami sendiri pemimpin yang tidak bermoral & rendah akhlaknya. Jadi, sepatutnya :

  • Jika benar mana-mana pemimpin itu melakukan jenayah dan salah laku menyalahi syariat Islam, individu terbabit sepatutnya menggunakan mekanisme perundangan Islam seperti membuat laporan kepada pihak berkuasa dan dakwanya di mahkamah
  • Bukannya seperti perbuatan mereka yang sebarkan video di YouTube dan CD itu tidak bermoral.

Dalam keadaan negara kita  menuju sistem demokrasi yang matang, seharusnya rakyat ditawarkan tentang program pembangunan ekonomi, pendidikan dan fakta kenegaraan bukan benda lucah dan fitnah di peringkat umum.

  1. Berita Semasa tolak “character assassination based tactical”
  2. Berita Semasa lebih gemar melihat kepada pembentangan pakej manifesto yang ditawarkan oleh BN mahupun PR kepada anda,anada semua sebagai rakyat Malaysia
  3. Berita Semasa menolak budaya politik seks, kafir mengkafir, menggunakan agama untuk tujuan meraih undi dalam politik, caci-makiantara kedua belah pihak

P/S : Jikalau mahu menang sekalipun, berkempenlah dengan cara yang lebih berilmiah
 

PP/S : Innalillahiwainnailaihirraji’oun, moga yang memfitnah akan dibuka pintu hati untuk mendapat hidayah supaya bertaubat dan insaf sebelum terlambat, sama-sama nasihat menasihati. Apa pandangan anda melihat trend politik lucah di Malaysia ketika ini?