Malah ada berita yang menunjukkan peneraju parti-parti kompenen Barisan Nasional tidak akan bertanding pada PRU kali ini. Mengapa dan kenapa agaknya?
Mungkin mereka-mereaka ini sudah tidak yakin akan menang dalam pilihanraya ...
mungkin juga mereka sudah "merajuk" dengan UMNO
mungkin juga mereka sudah "tawar hati" dengan UMNO
atau mungkin mereka ini tidak "bersih" untuk dicalonkan hehehehehe
siapa tahu kan ...?
Berita berkaitan ;
mungkin juga mereka sudah "merajuk" dengan UMNO
mungkin juga mereka sudah "tawar hati" dengan UMNO
atau mungkin mereka ini tidak "bersih" untuk dicalonkan hehehehehe
siapa tahu kan ...?
Berita berkaitan ;
KUALA LUMPUR: Empat presiden parti komponen Barisan Nasional (BN) sah tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini.
Tiga daripadanya iaitu Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP)Datuk Seri Peter Chin Fah Kui masing-masing terlebih dahulu menyatakan pendirian tidak bertanding bagi memberi laluan kepada muka baharu.
Terkini, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M. Kayveas juga tidak akan bertanding berdasarkan senarai calon PRU13 parti itu yang diumum pada Isnin. Pada pilihan raya umum kali ini, PPP akan bertanding di satu kerusi Parlimen iaitu di Kepong (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu di Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).
Kayveas yang ditemui pemberita kemudiannya berkata, kerusi Parlimen Kepong akan ditandingi Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan, Datuk A. Chandrakumanan, Naib Presiden parti itu Senator Datuk Chiw Tiang Chai (DUN Kota Laksamana), Bendahari PPP Perak Kerk Guan Chuan (DUN Pasir Bedamar) dan Naib Presiden PPP Datuk Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff di DUN Manik Urai.
DUN Kota Alam Shah akan ditandingi sama ada Datuk Maglin Dennis D'Cruz atau seorang lagi calon yang sudah dikenal pasti.
Barisan Nasional terdiri daripada 13 parti komponen. - BERNAMA
Sumber