Saturday, 6 April 2013

Bas Jelajah Merdeka Rakyat hangus terbakar di Alor Setar?


Terkejut juga aku apabila melihat gambar yang dipos di FaceBook milik macai UMNO yang menunjukkan gambar bangkai bas Jelajah Merdeka Rakyat yang hangus terbakar.
Sedangkan sebelum ini tidak ada berita yang didengar atau dibaca sebelum ini tentang insiden tersebut..

Tetapi oleh kerana ianya disiarkan oleh FaceBook milik macai UMNO, sudah pasti kebenarannya belum tentu kerana umum mengetahui fitnah dan macai UMNO memang tak boleh dipisahkan, umpama isi dan juga kuku..

Dan cerita rekaan atau fitnah ini telah dibongkar oleh Admin Rakyat Marhaen..

Admin apabila di beritakan perkara ini agak terkejutlah juga,tapi bila dilihat yang mempostingkan berita ini adalah macai-macai Umno,Admin rasa sesuatu yang tak boleh di percayai,maklumlah nama pun macai-macai Umno,kalau tak fitnah atau pembohong bukanlah Umno.

Sebenarnya Bas Jelajah Merdeka Pakatan Rakyat yang diberitakan hangus terbakar di Alor Setar itu adalah karut,dusta,gila,fitnah,dan itulah kerja jahat Umno melalui macai-macainya utk mewujudkan suasana tidak aman dalam negara kita ini..

Dengan bersumberkan ISRAEL TIMES,mereka Umno telah mengedit gambar Bas Jelajah Merdeka seolah-olah Rakyat Kedah Ganaz seperti mana macai-macai Umno menyerang jentera kempen Pakatan Rakyat di banyak tempat seluruh negara.. (Macai Umno suka baca ISRAEL TIMES) pelik rasanya!!

Menurut Israel Times.Bus hangus terbakar dibomb boleh dirujuk klikSINI , dengan menggunakan gambar tersebut kemudian diedit seolah-olah Bas Jelajah merdeka telah di hangus di bakar di Alor Setar!!! jahat dan amat busuk hati Umno nih..

Disinilah bermula berita fitnah Umno, apa yang boleh admin katakan,jika tidak membawa fitnah ianya bukan Umno,umno dan fitnah tak dapat dipisahkan selamanya jika anda sayangkan negara ini dari gejala fitnah yang berleluasa,apa yang perlu anda lakukan ialah..dengan mengundi Pakatan Rakyat pada PRU13 nanti
 



The bombed Israeli tour bus in Burgas, July 2012 (photo credit: Dano Monkotovic/Flash90)

Gambaq asai dari Times Of Israel