Thursday, 18 April 2013

DS Najib mengaku BN kecewakan rakyat

Kepada pengundi-pengundi UMNO tegar dan pengundi atas pagar. Cuba fikir apa yang DS Najib katakan ini. Berapa lama lagi mahu ditipu oleh BN. Setelah lebih 50 tahun memerintah, adakah kerajaan UBN telah membawa rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu dipuncak kegemilangan.
Tidak kecewakah orang Melayu apabila banyak hak milik orang Melayu berpindah tangan atas nama pembangunan. Secara beransur-ansur, pemilikan orang Melayu semakin terhakis. 

Majoriti Orang Melayu hanya menjadi penonton dan kuli kepada arus pembangunan. Kampung-kampung Melayu semakin hilang, dan orang Melayu hampir menjadi melukut di tepi gantang. Selama ini UMNO hanya menjaga dan memberi keuntungan kepada minoriti orang-orang Melayu yang menjadi kroni mereka. Manakala majoriti orang Melayu hanya menjadi pemerhati kepada pembangunan yang dibolot keuntungannya oleh puak-puak bangsawan UMNO.

Fikir-fikir dan timbangkanlah apa yang UMNO lakukan selama ini. UMNO telah tidak mampu untuk memberi kesejahteraan dan keadilan kepada rakyat Malaysia. 

Berubahlah dengan menyokong Pakatan Rakyat untuk kesejahteraan Rakyat Malaysia.