PUTRAJAYA: Meskipun dirancang dalam masa kurang 48 jam, pertemuan Datuk Husam Musa dengan pada semua Facebooker, Twitter, blogger dan pengamal media baru di Putrajaya disambut dengan hangat. “Alhamdulillah, sambutan pada program "Ad-Hoc" (dirancang dalam masa 2 hari sahaja) saya anggap amat-amat berjaya dengan kehadiran yang begitu ramai, berbilang bangsa, peringkat umur dan fahaman politik,” tulis Husam di laman page rasmi calon di Facebook P-125 Putrajaya.
(Husam memberikan ucapan kepada pengamal media baru di Putrajaya)
Program Santai itu diadakan di Foodcourt Presint 8 malam tadi. Husam menyatakan penghargaan kepada warga media baru yang melontar pandangan yang dianggapnya “terlalu penting” untuk diambil perhatian.
“Perubahan dalam Negara perlu bermula dengan sikap & idea-idea positif & saya lihat, warga maya Putrajaya mampu & telah membuktikan kebolehan itu dalam pertemuan singkat tadi.
Insya-Allah, sebelum PRU nanti saya akan mengadakan lagi sessi yang sama & meluangkan lebih banyak masa dengan anda semua,” tambahnya lagi.