Walauapapapun, Berita Semasa mengutuk tindakan sesetengah pihak yang menyebarkan video seperti ini dipertontonkan kepada umum. Untuk apa? Ya…benarkah andaikata perilaku tersebut contohnya perbuatan zina sekalipun atau apa-apa yang anda fikirkan tidak sesuai dilakukan seseorang pemimpin.
Tetapi, dalam kalangan ada pihak yang menyebarkan apa yang didakwa video seks Mustafa Ali bersama seorang wanita di sebuah bilik hotel, sedarkah video apa yang anda sebarkan itu?
Video Seks Mustafa Ali VS Wanita : Ini Semua Salah UMNO!
Terkini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air.
Ketika berucap pada satu majlis di markas PAS Kampung Molek di sini malam ini, beliau berkata Umno bertanggungjawab terhadap fitnah melalui media.“Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah (dakwaan video seks Mustafa Ali)… saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno,” katanya.Mustafa berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas isu penyebaran gambar dan DVD video lucah yang dikaitkan dengan dirinya.“Saya malas layan kat media ini sebab pelawok (penipu), ada pula antara blog yang kata bahawa saya letak jawatan sebagai Setiausaha Agung kerana isu video ini.“Saya hidup lagi ni, (masih) Setiausaha Agung PAS lagi. Tidak jadi kudis gatal pun dengan perkara itu. Saya dah faham surat khabar,” katanya.Sumber : Bernama
Apa yang boleh Berita Semasa katakan di sini, walaupun sesiapa pun yang melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan seorang yang bergelar pemimpin politik, salah tetap salah.
- Jikalau kita boleh menghentam pihak lawan ketika pemimpin mereka melakukan kesalahan dan kesilapan
- Kita juga harus bersedia untuk ditegur jika pemimpin kita sendiri ada melakukan kesilapan
Beranilah tampil ke hadapan menjelaskannya kepada rakyat dan jangan tinggalkan begitu banyak tanda-tanya kepada rakyat sehingga fitnah akan terus berleluasa.
- Ahli politik pun sama. Mereka tetap adalah kalangan manusia yang tidak lari daripada melakukan kesilapan. Tidak perlulah berlagak suci & pengikut tidak perlu mensucikan mereka umpama malaikat.
- Ini disebabkan seorang pemimpin kena jadi contoh yang terbaik pada rakyat
- Janganlah terus meletakkan kesalahan dan beban ke atas orang lain. Tunjukkan contoh supaya dijalankan siasatan tanpa kompromi selaras dengan idelogi yang diperjuangkan selama ini
- Terus-terang Berita Semasa tidak berminat isu terlalu peribadi yang tiada kaitannya dengan rakyat Malaysia tetapi, tetapi….isu integriti calon perlu diambil kira dan perhatian.
Sepatutnya, bukankah lebih mudah sediakan 4 orang saksi seramai 4 orang dan tangkap ketika diarasakan timbuk kecurigaan semasa mereka berdua-duaan berbanding dakwaan terbitnya video seks Mustafa Ali, mengapa mengambil jalan sukar?
Akhirnya, Berita berharaplah sangat-sangat dan terus menantikan politik negara untuk menjadi bertambah maju yang berpaksikan “substance, critical thinking & argument” tidak hanya bersandarkan lambakan video seks pemimpin politik termasuklah dakwan video seks Mustafa Ali. Apa kata dan pandangan balas anda pula?
Sumber
Mudahkan?? Bagi BGO kalau orang yang nak rakam video2 seks ni dh tau ada yang nk buat maksiat,lagi mudah kalau buat laporan ke Jabatan Agama Islam berdekatan ...Biaq depa kantoi kena tangkap basah..lagi mudah rakyat nak percaya..Jangan kata ahli Umngok,Pakatan Rakyat punya pengikut abih lari majoritinya sebab kantoi kena tangkap.Video ni macam ada banyak keraguan la...hehe
SERRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR