SHAH ALAM: PAS menyifatkan tindakan Umno Kelantan memilih ulama sebagai calon sebagai terdesak dalam menghadapi Pilihan raya Umum ke-13 pada 5 Mei nanti.
Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata jika Umno ingin meniru PAS dalam pemilihan calon yang terdiri dari golongan ulama, mereka sepatutnya tiru semua yang mengikut pegangan Islam.
"Umno sekarang terdesak hendak tiru PAS dengan memilih ulama sebagai calon mereka, kalau nak tiru biarlah tiru semua sekali, bukan separuh.
"Tetapi tidak, Umno tolak Islam tetapi nak mengambil hati pengundi cari ulama, kenapa mereka tak pilih calon mereka sendiri," jelasnya pada program Bicara Cinta di Kompleks Karangkraf pagi tadi.
Katanya lagi, ulama yang dipilih Umno ini palsu apabila lebih mementing kedudukan dari ajaran Islam itu sendiri.
"Di Kelantan, kita tengok orang yang kayuh beca itu pakai jam tangan Rolex, jenama ni mahal tapi bila kita tanya, murah je, beli di Rantau Panjang.

"Itulah ulama yang dipilih Umno, luaran sahaja menggambarkan ulama tapi palsu apabila ketepikan Islam," sambung beliau lagi yang juga Mursyidul Am PAS.
Beliau yang turut bangga dengan sikap orang Cina yang tidak lagi takut dengan Islam.
"Syukur kerana orang Cina tidak lagi takut dengan Islam, ini terbukti apabila DAP dapat bersama kita dan sanggup menggunakan logo PAS jika DAP dihalang menggunakan logo mereka.
"Di Malaysia ini yang takut dengan Islam cuma Umno, orang Cina dah berubah tapi Melayu Umno belum berubah," tambah beliau lagi.
Tuan Guru Nik Aziz yang turut memberitahu kejayaan PAS paling besar di Kelantan adalah dapat mengubah minda dan pemikiran rakyat terutamanya golongan bukan Melayu dapat mengenali Islam dengan lebih dekat tanpa ada rasa takut.

Apakah Umngok di Selangor akan membariskan ularmak atau ulamak sebagai calon mereka?? Jangan alamak sudah la...BGO harap yang dicalonkan nanti biarlah ularmaka atau alamak sebab mudah sikit kerja PR nak sapu bersih kerusi2 DUN dan Parlimen di Selangor..Dah cayaq(cair) taik telinga dengaq lagu sayangi selangor kt radio..huhu