Wednesday 10 April 2013

Bekas Orang Kuat Abdullah Badawi Calon PAS Tasek Gelugoq!!!




Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim mengumumkan Khalid Ibrahim mewakili KEADILAN mempertahankan parlimen Bandar Tun Razak.

“Orang seperti ini boleh diamanah menjaga wang dan kerajaan negeri Selangor. Jadi, kita perlu khidmat dia. Saya mahu dia jadi calon Bandar Tun Razak.

"Kalian boleh bangga sekiranya dia mewakili kita di Bandar Tun Razak,” kata Anwar pada ceramah ‘Jelajah Pakatan Harapan Rakyat dan Pengumuman Calon Wilayah Persekutuan’ di Padang Bolasepak Jalan Jujur, Bandar Tun Razak, malam tadi.

Pada pilihanraya umum ke-12, Khalid mengalahkan calon BN dari MCA, Tan Chai Ho dengan majoriti 2,515 undi.

Sementara itu, penyelaras KEADILAN Wangsa Maju, Dr Tan Kee Kwong diumum sebagai calon di P116 Wangsa Maju.

Beliau yang merupakan bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi antara paling lantang memperjuangkan isu Felda.

“Dia ada rekod kesungguhan. Suara dia paling keras dan tegas mempertahankan nasib peneroka Melayu Felda,” kata Anwar disambut tepukan hadirin.

Manakala Ketua Staf Pejabat (Chief of Staff) Anwar, Ibrahim Yaacob dicalonkan semula di Parlimen P118 Setiawangsa.

Ibrahim, graduan Kewangan dari Wesley College, Perth dan Curtin University merupakan sukarelawan di pejabat Anwar sejak enam tahu lalu.

Turut diumumkan dua penyandang untuk mempertahankan parlimen dimenangi KEADILAN di Wilayah Persekutuan pada pilihanraya umum ke-12, iaitu Nurul Izzah di Lembah Pantai dan Tian Chua (Batu).

Di parlimen Tanjung Malim, bekas timbalan menteri, Tan Yee Kew hampir pasti disahkan bertanding setelah Brig Jen (B) Abdul Hadi Abdul Khattab diletakkan di DUN Behrang, di bawah parlimen sama.

Yee Kew bakal ditentang veteran MCA, Ong Ka Chuan yang dipercayai disenaraikan semula oleh pimpinan parti itu.

Sementara itu, bekas Pengerusi Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB), Abdul Rahman Maidin sah diletakkan di parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang menurut sumber dalam PAS yang memetik satu sumber terkini yang disahkan.

Rahman yang kini aktif membantu PAS dari segi mengujudkan imej yang baik dan mesra ekonomi dijangka bakal memberikan impak baru kepada penampilan PAS.

Bekas orang kuat BEKAS perdana menteri, Abdullah Badawi ini masih belum mengetahui siapa pencabarnya setelah BEKAS ahli parlimen kawasan itu, Nor Mohamed Yakcop dikatakan sudah digugurkan dari senarai calon menurut sumber rapat dengan ibu pejabat Umno.

Di Sarawak pula, Calon PAS diketuai oleh AJK PAS Pusat, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, seorang peguam yang akan bertanding di parlimen Kota Samarahan.

Kerusi lain yang akan ditandingi ialah parlimen Batang Sadong yang akan diwakili Pengarah Pilihanraya PAS Sarawak, Dr.(H) Mohd Jolhi.

PAS Sarawak juga turut menurunkan dua calon muslimat iaitu di parlimen Tanjung Manis yang akan diwakili Jurina Mut yang juga Setiausaha Dewan Muslimat PAS negeri dan bekas calon PAS di Tanjung Datu pada pilihanraya negeri lalu iaitu Nani Sahari di parlimen Mukah.

Selain itu PAS juga turut bertanding di Parlimen Igan yang akan diwakili oleh Ajiji Fauzan.

Lebih menarik pada kali ini, bekas personaliti TV Al-Hijrah, Mohd Zaid @ Robby Tandang bertanding di parlimen Sibuti.

Selain itu, buat pertama kalinya PAS mencalonkan ahli DHPP Sarawak di parlimen Julau, Dr Ambrose Labang Jamba. 

Beliau adalah bekas pegawai tadbir Sarawak.