Thursday 18 April 2013

KJ kecam dan tolak politik lucah sekeras-kerasnya


Hiasan semata mata


Lagi hiasan semata-mata


KUALA LUMPUR, 13 April — Khairy Jamaluddin mengecam pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan politik lucah dan menegaskan Barisan Nasional (BN) menolak sekeras-kerasnya tindakan sedemikian.
Semalam, satu lagi video seks sepanjang 11 minit menyerupai pemimpin tertinggi PAS telah disebar di Internet oleh laman-laman blog pro-Umno.
“Saya ingin nyatakan bahawa saya menentang politik lucah dan menolak sekeras-kerasnya.
“Umno dan Barisan Nasional tidak menggalakkan mana-mana pihak, mahupun pihak ketiga untuk mengamalkan politik seperti itu,” kata bekas ahli parlimen Rembau itu semasa merasmikan program BN Youth Volunteer (BNYV) di Bangsar pagi ini.
Khairy (gambar) berkata tidak adil sekiranya pembangkang mahu menunding jari kepada BN mengamalkan politik lucah kerana musuh politik mereka banyak dan bukan hanya daripada kalangan parti pemerintah sahaja.
“Tidak adil mereka salahkan Umno dan BN sahaja.
“Musuh mereka banyak, bukan hanya daripada kerajaan sahaja,” katanya lagi.
Khairy juga berkata BN tidak akan sampai ke tahap menggunakan politik lucah untuk berkempen dan cerita-cerita yang dibuat bertujuan untuk memberikan gambaran negatif kepada BN.
“BN tidak bertindak sehingga tahap itu. Politik juga ada batasannya,” kata beliau.
Dalam pada itu, Khairy juga menggesa kedua belah pihak tidak kira daripada kerajaan ataupun pembangkang untuk berpolitik secara matang dan bersih pada Pilihan Raya 2013 nanti.
“Marilah sama-sama kita pastikan perlawanan kali ini bersih.
“Kita lawan politik dengan idea, dasar dan polisi yang baik untuk rakyat, bukannya dengan politik lucah,” katanya lagi.
Semalam, media melaporkan sebuah blog www.papagomo.com dalam satu artikelnya menyenaraikan beberapa blog pro-Umno mengandungi gambar dan video menyerupai pemimpin tertinggi PAS yang terlibat dalam satu skandal seks.
Video 11 minit lebih berwarna tersebut menunjukkan seorang lelaki bersama seorang wanita dalam keadaan intim melakukan hubungan seks di dalam sebuah bilik, serta direkodkan pada satu sudut mengadap pasangan tersebut.
Sementara laporan akhbar The Star pula menyebut pihak polis Terengganu telah merampas 16 VCD mengandungi video yang disebarkan oleh beberapa individu tidak dikenali namun tiada sebarang tangkapan dibuat.
Sebelum ini, laman blog www.papagomo.com, juga telah mendedahkan satu video seks menyerupai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengendalinya, Wan Muhammad Azri Wan Deris, 30 telah disaman sebanyak RM100 juta.
Pilihan raya umum telah disahkan akan dilaksanakan pada 5 Mei depan dengan 20 April ini adalah hari penamaan calon dan parti politik mempunyai tempoh 15 hari untuk berkempen.


BGO bangga Ketua Pemuda UMNO yang sangat bertimbangrasa dan menetang kempen kotor dan lucah ni...Peribadi beliau juga sangat mulia dengan menjadikan masjid2 dan surau tempat beliau melepak bersama rakan2..Hehe