KEPUTUSAN BN untuk mencalonkan semula Dr. Rozaidah Talib di kerusi Parlimen Ampang, seharusnya menjadi berita yang paling menggembirakan bagi penyokong-penyokong Pakatan Rakyat, terutama penyandang dari PKR, Zuraidah Kamarudin.
Ini kerana penyandang kerusi Ampang dari tahun 2004-2008 itu mempunyai banyak masalah berkaitan dengan moral, termasuk pernah di dakwa berkhalwat di sebuah hotel ketika masih berstatus isteri orang pada 2007.
Perkara itu bagaimanapun dinafikan Rozaidah, tapi dipercayai, perkara tersebut adalah antara punca kenapa dia tidak dicalonkan semula pada 2008, agak-agak macam betul lah tu.
Apatah lagi, syak wasangka itu dikukuhkan lagi dengan fakta yang menunjukkan suaminya, Radzmi Othman membuat permohonan pengesahan cerai di Mahkamah Syariah, sebelum diberitakan telah merujuk semula.
Tapi, dengan perkembangan sekarang, laman ini perpendapat, isu khalwat calon BN Ampang ini tidak wajar dijadikan isu besar. Kami bimbang tindak balas dari penyokong UMNO, kerana dalam Pakatan Rakyat sendiri ada beberapa orang pemimpin yang akan bertanding dalam pilihanraya akan datang,turut terpalit dengan isu yang sama.
Antaranya calon PKR di Parlimen Pekan, Fariz Musa, calon PAS di DUN Selinsing, Drs. Saiful Bahrin, calon PAS Perupok, Badrul Amin dan Mohamad Sabu. Malah bekas ADUN Bukit Lanjan yang dicalonkan semula, Elizabeth Wong juga pernah mengakui mempunyai hubungan dengan suami orangsehingga gambar-gambar peribadinya dalam keadaan aib, disebarkan di Internet.
Baru-baru ini, Setiausaha Agung PAS sendiri Datuk Mustafa Ali, turut didakwa sebagai lelaki dalam sebuah video seks yang menggegarkan dunia politik negara kita minggu sudah.
Betullah semua pemimpin tersebut menafikan (kecuali Elizabeth Wong), tapi apa beza dengan Zuraidah? Dia juga tak pernah mengakui terlibat dalam kes khalwat tersebut dan Pakatan Rakyat sendiri tidak ada bukti untuk mengatakan sebaliknya.
Justeru, kita cari topik lainlah, jangan terlalu teruja dengan topik moral. Takut-takut nanti perkara itu merebak dan membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pula.
Lagipun Pakatan Rakyat telah menetapkan garis panduan bahawa persoalan moral bukan tanda aras seorang pemimpin yang boleh berkhidmat dengan baik atau tidak. Itu masalah peribadi dia sendiri, kenapa nak campur adukkan dengan urusan parti?
Hakikatnya, dunia ini dipenuhi dengan pemimpin yang tidak bermoral, adakah kerajaan yang ditadbir mereka runtuh kerana isu itu? Antaranya Bill Clinton (USA) dan Selvio Berlusconi (Italy).
Bekas Presiden Ireland Utara, Mary Robinson juga pernah didakwa menjadi lesbian, apakah perkara tersebut memberi kesan kepada kerajaan yang ditadbirnya?
Lebih baik Pakatan Rakyat memberi tumpuan kepada hal-hal lain berkaitan Rozaidah. Antaranya, dakwaan dia merupakan Ahli Parlimen yang paling banyak menghabiskan wang rakyat untuk ke luar negara dan yang seumpama dengannya.
Rakyat lebih berminat dengan isu-isu seumpama itu berbanding dengan penceritaan mengenai moral. Bila cerita moral ni, semua orang berlagak macam hakim, malah ada juga yang ke tahap nak jadi tuhan dengan mengatakan si polan itu, si polan ini berdosa dan sebagainya.
Naik muaklah.